RAMADHAN TERUS DI CEMARI
Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya "celakah seseorang yang apabila habisnya bulan Ramadhan tetapi masih tidak berubah"




Pemimpin Islam janganlah menjadikan orang kafir sebagai penasihat mereka kerana ia bakal mengundang bencana. Lihat sahaja hari ini dimana kebanyakan negara negara Islam telah terjebak kekancah kebinasaan akibat berkiblatkan negara kafir. Puak kafir seperti Amerika dan Britain serta blok EU secara terang-terangan menjadikan umat Islam sebagai alat eksperimen. Mereka yang bertanggungjawab membinasakan negara Islam tetapi berlagak sebagai wira yang mengamankan dunia. Pemimpin Islam yang masih buta hatinya masih tak nampak akan sandiwara dua kuasa besar ini. Besar dan kuatnya dua kuasa ini kerana negara Islam yang mencurahkan wang kepada mereka. Wang tersebut juga yang di adikan untuk membinasakan umat Islam.
IPT dan NGO Islam di katakan di jadikan JI sebagai tempat mengembangkan idiologi mereka. Mereka sengaja mencetuskan rasa kurang senang ke atas NGO Islam yang giat bergerak menggerakan gerakan Islam. Gerakan JI juga di katakan akan menyerang rumah ibadat bukan islam. Apakah pernah kita saksikan orang Islam menganiaya orang bukan Islam. Negara ini aman kerana majoriti penduduknya beragama Islam. Negara ini pasti tidak seaman sekarang jika orang islam adalah penduduk minoriti. Di mana-mana negara yang umat Islam penduduknya minoriti mereka hidup dalam ketakutan. Umat islam di nafikan hak untuk mengamalkan amalan mereka.
Di zaman Tun Mahathir bantuan ke atas SAR ditarik balik kerana SAR dikatakan melahirkan ekstrimis agama. Ulama tak mahu menerima kritikan dan sekolah-sekolah agama banyak yang ditutup. Pemimpin Islam sendiri termakan umpan yang dipasang oleh musuh Islam. Apakah kepimpinan sekarang juga akan mengikut jejak langkah pemimpin terdahulu? Sebagai umat Islam yang memiliki pegangan sendiri kita seharusnya berhati-hati dengan orang kafir apalagi si kafir yang secara terang-terangan memusuhi Islam.
Firman Allah, dalam Surah Al-Baqarah, ayat 120, yang bermaksud " Yahudi dan nasrani sesekali tidak akan redha akan kamu sehingga kamu mengikut akan telunjuk (millah) mereka". Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah pejunjuk yang sebenar". Dan sekiranya engkau mengikut kemahuan mereka setelah engkau mengetahui kebenarannya, maka tiada lagilah wali (pelindung) dan penolong dari (siksaan) Allah.

Ini adalah antara gelagat artis yang dapat kita saksikan saban hari
Kelihatan berbelas tin arak di atas meja. Penguatkuasa tak dapat membuat tangkapan kerana peminum lari lintang pukang sebaik menyedari kehadiran kami.


Pantai cenang yang sememangnya tenang kepada para pelaku maksiat melakukan maksiat adalah lokasi operasi kami pada malam tadi 7hb. Jun
Gambar di atas kelihatan TV9 turut menyertai operasi kami kami pada malamtersebut.











LANDAS Langkawi telah diberi penghormatan dan dijemput bersama untuk memantau operasi pusat-pusat hiburan di sekitar Langkawi, pada malam 28 Mei 2010. Pemantauan ini adalah susulan dari mesyuarat majlis menangani gejala sosial di Pejabat Daerah Langkawi pada 20hb April yang lepas. LANDAS yang di wakili oleh Pengerusinya saudara Mohamad Ali Abdullah telah dipelawa untuk menjadi ahli majlis tersebut. Fungsi Majlis tersebut ialah untuk memantau pusat-pusat hiburan yang beroperasi lebih masa, demi untuk memastikan tiada pengusaha pusat hiburan yang melanggar undang-undang. Penubuhan Majlis tersebut juga berfungsi untuk mengambil maklumat dan memberi peringatan kepada pengusaha pusat hiburan yang degil bahawa lesen mereka akan ditarik balik jika di dapati mereka tidak mematuhi undang-undang yang sedia ada.
Kami aktivis LANDAS kurang pasti sejauh mana majlis ini akan berfungsi. Jika benarlah mereka serius melaksanakan pemantauan, gejala mabuk dan rosak ahlak sudah pasti akan berkurangan. pusat hiburan yang beroperasi hingga lewat malam adalah penyumbang terbesar kepada gejala sosial kerana anak-anak muda menjadikan tempat tersebut sebagai tempat menghabiskan masa.
Lawatan ke pusat-pusat hiburan pada malam tersebut disertai oleh Ahli Majlis Derah, Pegawai Agama Langkawi, Ketua polis Daerah Langkawi, Imigresen dan Rela. Hasil dari lawatan tersebut kami mendapati masih ada pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen atau lesen telah tamat tempoh. Ada juga pusat hiburan yang beroperasi tanpa ada dokumen dari PBT. Agak menghairankan bagaimana PBT boleh membiarkan pusat hiburan yang tiada lesen untuk beroperasi.
Ada juga pusat hiburan yang di penuhi oleh polis. Di Nagoya contohnya dimana tempat tersebut telah dilevelkan sebagai kawasan hitam kerana tempat yang agak tersembunyi. Kami menemui 7 orang anggota polis yang sedang rancak berkaraoke bersama seorang perempuan. Ssahabat saya yang merupakan seorang ustaz telah menemui mereka dan memberikan sedikit nasihat tentang pergaulan bebas.
Dengan nada sombong anggota polis tersebut berkata "bagaimana hendak bercinta kalau tak boleh berkawan dan saya tak puas hati kerana saya tak bersalah". Anggota polis sering kali merasakan bahawa mereka bebas berbuat apa sahaja. Status sebagai polis agaknya mereka merasakan bahawa mereka adalah orang yang paling berkuasa kerana mereka adalah pelaksana undang-undang. Sebagai polis mereka sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat. Jangan sampai mereka menjadi bahan cemuhan kerana perbuatan mereka sendiri. Kami juga sering bertemu anggota polis semasa dalam dakwah lapangan. Polis yang berkelakuan buruk tidak akan mampu menjadi pelindung masyarakat sebaliknya akan menjadi punca membiaknya gejala samseng dan jenayah.
© 2009 ·LANDAS Langkawi oleh AnakBulan