08 Jun 2010

UMAT KAYA , ISLAM TAK DI BELA

Umat Islam menanti kehadiran pengganti Saidina Omar Al Khatab. Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa " kalau nak di ukur kekuatan iman Saidina Abu Bakar As Siddiq samalah dengan kekuatan iman seluruh umat Islam di atas muka bumi ini". Masha Allah Islam di zaman nabi SAW telah berjaya melahirkan pejuang yang sepanjang hidupnya mencurahkan tenaga kepada Islam. Dengan kekayaan yang dimiliki Saidina Abu Bakar tidak rebah di pangkuan harta sebaliknya harta rebah di tangannya. Kaya menjadikannya seorang yang lebih bertaqwa kepada Allah. Nabi SAW pernah bertanya kepada beliau apabila beliau menyerahkan kesemua hartanya untuk membeli kelengkapan perang. " Apakah yang masih kamu miliki wahai Abu Bakar, beliau menjawab " cukuplah Allah dan Rasulnya".Apa sahaja yang mereka lakukan, islamlah yang akan di utamakan.Mereka berlumba-lumba untuk berbakti kepada Islam. Mereka akan menghulurkan apa saja demi Islam.

" Kalau Islam di bela umatnya akan terbela tetapi kalau umatnya di bela belum tentu Islam terbela".Apakah masih ada umat Islam yang berfikiran seperti ini. Kalau ada sudah pasti tiada Islam berada di kemuncaknya. Apakah sekarang Islam berada di kemuncak atau kekayaan yang berada di kemuncak.

0 comments:

Catat Ulasan