APABILA ARTIS DI JADIKAN IKON
Ini adalah antara gelagat artis yang dapat kita saksikan saban hari
Cerita-cerita di tv saban hari memaparkan kisah-kisah artis. Ada rancangan khas untuk artis.Tak perlu disenaraikan rancangan yang dikhaskan untuk artis. Bila-bila masa kalau dibuka rancangan tv atau radio, artislah yang mendahului memenuhi ruangan awal. Semakin hari semakin ramai artis yang menonjolkan diri dan ruangan untuk mereka cukup luas. Menteri yang bertanggungjawab ke atas hiburan saban hari mencari jalan bagaimana cara untuk membanyakan acara untuk para artis. Para artis memiliki ruang yang seluasnya untuk mencari makan. Artis adalah insan yang paling istimewa. Mereka lebih dikenali jika dibandingkan dengan ketua sesebuah negara. Tanyalah sesiapa saja, siapakah Siti Nurhaliza? pasti mereka akan menjawab dengan sepantas kilat tetapi jika ditanya siapakah mufti negeri Kedah pasti mereka akan menggaru kepala.
Saya pernah suatu ketika berdialog dengan seseorang yang berumur lingkungan 40an. Katanya, Malaysia adalah negara bertuah, kerana diberi ruang dan peluang yang secukupnya. Kalau nakkan amar ma'ruf kita ada banyak masjid dan kalau kita nakkan hidup berseronok kita juga ada disko dan tempat berjudi. Saya bertanya kepadanya dimanakah dia belajar tentang cara hidup yang demikian. Dengan nada marah dia berkata "ikut suka hatilah cara mana seseorang nak pilih cara hidup".
Adegan berpeluk cium di dalam filem tiada siapa yang ambil tahu atau menegurnya. Para mufti pula hanya berani mengatakan haram dari jarak jauh. Menteri agama pula sibuk dengan jawatannya. Bahkan bab judi pun langsung tidak kedengaran bangkangan dari beliau. Pangkat adalah segalanya. Duduknya menteri agama di situ adalah digunakan untuk menghalalkan sesuatu perbuatan yang haram, mereka lantang sewaktu menjadi penceramah bebas tetapi bisu bila memegang jawatan. Benar kata nabi "sejahat-jahat manusia adalah ulamak yang cintakan dunia". Para mufti pula takut menunjukkan taringnya. Cara yang terlalu lembut menyebabkan pemerintah tak ambil peduli apa yang mereka perkatakan. Akhirnya umat Islam menjadi semakin hancur. Arti bebas berpeluk atas nama filem dan demi untuk melariskan filem. Jika mahu filem nampak real adegan juga mesti real. Pada artis tiada tanda haram. Ini kerana ada pihak yang menjaganya. Para ulama perlu menzahirkan keberanian mereka jika tak mahu di persalahkan. Tidak cukup hanya berkata haram tetapi hendaklah bersemuka dengan mereka yang menganjurkan kerja merosakkan masyarakat. Ulama hendaklah berganding bahu dalam mendidik masyarakat. Ulama yang berani akan menggerunkan kerajaan yang ego.

0 comments:
Catat Ulasan