08 Jun 2010

GEMPUR PEMINUM ARAK BERSAMA JABATAN AGAMA DAN TV9

Kelihatan berbelas tin arak di atas meja. Penguatkuasa tak dapat membuat tangkapan kerana peminum lari lintang pukang sebaik menyedari kehadiran kami.



Pantai cenang yang sememangnya tenang kepada para pelaku maksiat melakukan maksiat adalah lokasi operasi kami pada malam tadi 7hb. Jun
Gambar di atas kelihatan TV9 turut menyertai operasi kami kami pada malamtersebut.

Pertama kali kami melakukan kerja2 menangkap mereka yang melakukan maksiat dan minum arak di sertai oleh stesen tv. Selain tv9 kami juga disertai oleh dua orang kuat PAS langkawi selaku Ahli Majlis Langkawi. Saya meminta mereka menyertai kami agar mereka boleh melihat sendiri premis yang menjual arak tanpa lesen dan beroperasi lebih masa. 2 buah kedai arak yang kami serbu malam tadi mendapati tiada lesen di keluarkan dan nampaknya mereka beroperasi tanpa lesen selama bertahun-tahun. Yang amat menyedihkan bila mana orang melayu beragama Islam yang menjaja arak ini kepada para pengunjung. Kelihatan juga mereka yang bertudung minum di bar tersebut. walau pun mereka tak minum arak tetapi mereka menggunakan cawan yang sama untuk minum.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

masalah!!! pantai cenang da jd lubuk maksiat utama kt lngkwi neyh. suma nie psal pelancong asing bnyk sngt la nie. mreka dtg cni buat mcm duk kt negara mereka. minum arak. berzina dan mcm2 lg la. bla da rmai warga asing,mula la buat beach bar lah, disco lh,kt citu sja ad 3 disco. lpas tu ank2 mlyu(islam) tmptan mula la ikut gaya mereka.tngok pekerja beach bar suda la, yg duk bncoh arak tu,melayu! yg kt disco tu pun sma la, melayu jgak. yg jd bounce kt disco tu pun melayu,lpas tu bg orng mlayu mcuk mnum arak lak dlm tu. lg masalah gigolo(lelaki yg menawarkn seks) pun rmai kt citu.bkn nk kata la, beach boy ar yg dowk jd gigolo ni. suma melayu!!! klau nk ckp psal gejala sosial di langkawi, kt pntai cenang la yg pling truk. pondan pon rmai jgak.baru2 nie rmah Tok Imam Temonyong kna pcah mcuk. siasat pny siasat tngok2 pondan yg bwat keja nie. bla tngok i/c ISLAM. ish.. x rasa bersalah lngsung,da la jd pondan, lpas tu pcah mcuk rmah tok imam lak. tngok smpai tara tu. mmg la pantai cenang tu tmpat yg mnarik,bnyk pelancong dtg.kita nie yg islam x pyh la ikut bdaya org bkn islam lak. sy sokong usaha LANDAS memamtau dan mmberi nasihat kpd anak2 muda Islam yg terjebak dlm gejala sosial yg jelas haram di sisi agama. jgn biar kn umat Islam trus dperekeh oleh penganut agma lain.

Jumaat, 14 Januari, 2011

Catat Ulasan