RADIO IKIM "MASJID BUKAN MEDAN MENYAKITI HATI ORANG"
Tanggal 3 Ogos 2010, jam lebih kurang 1.00 petang saya terdengar ceramah seorang ustaz. Antara kata-kata yang saya terdengar ialah "masjid tempat umat Islam berhimpun bukan tempat menyakiti hati orang.Jangan sebut sesuatu yang boleh menyakiti hati orang". Saya tak sempat mendengar siapakah ustaz tersebut. Saya kurang faham apakah yang dimaksudkan "jangan menyebut apa yang orang tak suka". Persoalan yang timbul ialah adakah kita hanya menyebut apa yang orang tertentu suka sekali pun apa yang dilakukannya bertentangn dengan Islam.
Islam mengajar kita bercakap benar sekali pun ia akan menyinggung perasaan orang lain."Bercakap benarlah kamu sekali pun ia pahit". Bagi para pendakwah bercakap benar dan berani adalah asas perjalanannya. Cuma cara bercakap yang akan menentukan corak penerimaan seseorang. Jika kita hanya bercakap dan hanya mahu menjaga hati orang maka bolehlah kita di katakan sebagai manusia yang tak bertanggungjawab. Kita juga boleh digelar sebagai pengampu atau boleh juga digelar sebagai pengkhianat amanah. Manusia yang tak mahu mendengar teguran dan nasihat adalah manusia yang sakit. Islam mewajibkan umatnya menjaga tepi kain orang kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab. Bukankah Allah berpesan agar kita menegur sekiranya berlaku kemungkaran di depan mata. Mereka yang tak berani menegur kemungkaran digelar sebagai manusia yang paling lemah iman. Oleh kerana manusia tidak endah akan kemungkaran maka kita saksikan hari ini di mana kemungkaran telah menelan yang makruf. Bercakap benar bukan bermaksud mengata seseorang. Bercakap benar dan berani akan menyebabkan kita terselamat di akhirat.
Hari ini ada manusia yang terpengaruh hingga tidak mahu mendengar kuliah agama.I ni kerana ustaz yang mengajar agama dan membaca kitab dikatakan suka mengata orang. Jika tak kata kat orang nak kat kat siapa, sebab dalam al-Quran banyak aya yang berbunyi "Katakanlah". Mereka sanggup surau dipenuhi sawang dan tahi cicak daripada mendengar kuliah agama. Bukankah Al-Quran diturunkan untuk manusia. Melalui Al Quran dan Rasulnya Allah turunkan syariat sebagai panduan hidup. Apa yang terkandung di dalam Al Quran juga ada yang tidak disukai oleh nafsu. Nabi Mohamad s.a.w. digelar Al Amin kerana bercakap benar. Nabi dibenci oleh pembesar Quraisy kerana membawa risalah Islam dan bercakap benar tentang amanah dari Allah. Islam menguasai tiga perempat dunia di zaman khulafa Al Rashidin. Ini semua adalah hasil daripada mereka bercakap benar.
Kepada ustaz tersebut diingatkan agar sentiasalah bercakap benar. Janganlah hidup seperti sesumpah hanya kerana menjaga perut. Amat tidak memadai jika kita menyimpang dari bercakap benar hanya kerana mahu menjaga hati seseorang. Panasnya api neraka diumpamakan jika sebesar lubang jarum api neraka dicampakkan ke dunia nescaya akan hancurlah dunia ini.
0 comments:
Catat Ulasan