PEJABAT AGAMA LANGKAWI JEJAKI MEREKA YANG TIDAK BERPUASA
Penguatkuasa Jabatan Agama daerah Langkawi bersama beberapa pegawai masjid gigih melakukan pemantauan ke atas mereka yang tidak berpuasa.Antara lukasi yang di pantau ialah pusat hiburan,boling dan kedai makan yang di buka dari awal pagi.Status sebagai tempat pelancongan memaksa sesetengah beroperasi seperti biasa sekali pun bulan puasa.Bagaimana pun tiada kedai orang Melayu yang di buka kecuali kedai makan mamak.Kami mamasuki pusat hiburan seperti karaoke dan snuker kerana kami mendapat aduan ada di kalangan anak muda yang menghisap rokok secara terbuka dan keadaannya yang agak terasing menyebabkan mereka berani melakukannya.penguatkuasaan yang tegas dan pegawai yang rajin turun padang akan menggerunkan mereka yang tidak endah akan peraturan dan larangan.Mereka yang tidak berpuasa juga akan menjadi barah kepada Islam jika tiada penguatkuasaan.
0 comments:
Catat Ulasan