18 Jun 2010

PEJABAT DAERAH LANGKAWI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (MPL)TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

"Penghianat" itu barangkali perkataan yang sesuai kepada mereka yang berperanan mengeluarkan lesen hiburan dan lesen premis. Tindak-tanduk mereka tidak menggambarkan mereka beragama Islam. Berleluasanya maksiat di Langkawi adalah hasil daripada pengkhianatan mereka ini. Dalam hidup mereka tidak kenal erti halal dan haram. Barangkali ada yang tersinggung atau marah yang teramat sangat dengan kata-kata yang saya gunakan. Terpulanglah kepada individu tertentu untuk menilai teguran saya berdasarkan apa yang saya dedahkan di sini.

Mengapa saya katakan bahawa mereka adalah pengkhianat. Setiap lesen yang diberikan kepada pemohon lesen hiburan karaoke, menjual arak dan disko tidak pernah dibincangkan dengan pejabat agama atau minta persetujuan dari anak khariah. Barangkali mereka berpendapat bahawa mereka yang beramal dengan Islam adalah penghalang utama kepada kemajuan. Premis pusat hiburan yang beroperasi sehingga ke pukul 4 pagi tidak pernah diambil tsebarang indakan.

Terdapat juga pusat hiburan yang lesen telah mati sekian lama seperti disco dandut (mati lesen 31/12/2007) tetapi masih beroperasi sehingga hari ini. Masa yang dibenarkan untuk pusat hiburan beroperasi hanyalah sehingga kepukul 12.30 malam. Langkawi tidak memerlukan banyak pusat hiburan kerana populasi penduduk bukan Islam hanyalah sekita 5% daripada 80,000.00 orang.

Mereka memberikan alasan bahawa kewujudan pusat hiburan ini adalah untuk kegunaan pelancong. Anggapan ini salah kerana berdasarkan pengalaman kami yang sentiasa mengunjungi tempat ini mendapati hanya sesetengah tempat sahaja yang dikunjungi oleh pelancong asing manakala kebanyakannya dipenuhi oleh anak orang Islam. Apakah ada unsur rasuah di dalam setiap pemberian lesen ini? Jika tidak takkan semudah itu mereka meluluskan sesuatu permohonan.

0 comments:

Catat Ulasan