Alhamdulillah LANDAS telah diluluskan pendaftarannya sebagai sebuah sebuah pertubuhan yang sah.nama penuhnya ialah PERTUBUHAN SUKARELAWAN SOSIAL DAN DAKWAH LANGKAWI.Moga dengan kelulusan ini ia akan menyemarakkan lagi kerja-kerja dakwah di langkawi.
Berdakwah agak mudah tetapi bukan senang mencintai dakwah. Berdakwah memerlukan hati yang benar-benar tabah,berani, sanggup berkorban.Ranjaunya amat tajam,jurangnya amat dalam,lautannya tiada bertepi,panasnya sangat terik,laluannya berliku dan becak.Namun apa sahaja yang mahu di tempuhi semuanya terasa mudah jika hati mencintai dakwah.Dakwah adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah.Mencintai umat,nabi dan Allah itulah yang di cari oleh orang dakwah.Hidupnya hanya untuk umat dan Allah.Hidupnya tak senang jika terlihat ada umat yang terpesong.Mahu mengelak dari di soal di hadapan Allah Rabbul Jalil adalah sebab mengapa pendakwah menunaikan amanah ingat mengingati sesama muslim.
Terlalu ramai manusia yang lalai kerana masing-masing sibuk dengan dunia.Tak sanggup susah untuk Allah tapi sanggup susah untuk anak isteri dan harta.Matlamat hidup telah terpesong.'Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada ku'.Setiap detik manusia memikirkan keperluan hidup.Yang berharta terus menghabiskan hartanya kepada ang sia-sia.Tidak mahu menghalakan wang ringgitnya untuk Islam kerana baginya ia hanya sia-sia.Kehidupan yang sementara itulah matlamat mereka.
Ya Allah,kekalkanlah aku di jalan dakwah ini.Aku mahu terus berbakti pada Islam.Aku tak mahu menjadi hamba dunia.Aku hanya mahu menjadi hamba Mu.Ya Allah jauhkanlah sifat jemu dari hati sanubari hamba Mu ini.Aku mahu terus kuat agar aku boleh terus kesana kemari dalam berbakti kepada Mu.
LAGU TEMA LANDAS LANGKAWI
Berjihadlah,berjuanglah,ke jalan Allah, Kukuh kan lah barisanmu, wahai pejuang Allah, Eratkan mahabbah, kukuhkan ukhuah, Wahai sahabat ayuhlah bersatu, Satukan fitrah,eratkan perjuangan, Berlandaskan Al Quran dan As sunnah,
Di sini kita pun bermula, Jangan hilangkan ilmu di dada, Manfaatkan dalam kehidupan kita, Kerana Allah matlamat semua.
Umat terpilih di redhai Allah, Laksanakanlah kewajipan kita, Menyeru ke arah kebaikan, Hindarilah segala kemungkaran.
Itulah seruan kami, Itulah matlamat kami, Islam pasti gemilang, Dengan jihad yang di suburkan, Allah, Allah, Allah hu Akbar
cabaran perjuangan
andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya. andai perjuangan ini menjajikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padanya. tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang terhingga. andai rebah, bangunlah semula. andai terlupa, ingatlah janji NYA. barang siapa yang membantu agama NYA, AKU pasti akan membantunnya.
0 comments:
Catat Ulasan