05 Ogos 2010

SOKONG CADANGAN MB KELANTAN "WANITA TUNAI SOLAT JUMAAT"

Kalau dilihat statement Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang cadangan beliau agar wanita juga turut menunaikan solat Jumaat. Cadangan yang amat tepat. Sepatutnya wanita solat Jumaat dari dulu lagi. Kelantan mungkin akan menjadi masjid atau negeri pertama wanita mengadakan solat Jumaat. Walaupun wanita tidak wajib menunaikan solat Jumaat namun memandangkan penyakit sosial yang semakin darurat, keadaan ini menuntut kita membuat perubahan. Wanita yang rosak ahklak adalah racun kepada masyarakat. Mereka amat mudah diheret ke sana ke mari. Seolah-olah tiada ubat yang mampu mengubat penyakit hilang rasa malu. Penyakit sosial hari ini majoririnya berpunca dari wanita.

Wanita walaupun mereka berpendidikan tinggi namun dari segi mentaati perintah Allah adalah agak memerlukan masa untuk melenturkan mereka menjadi wanita yang solehah.Apalagi wanita yang tidak pernah di bimbing atau kurang kefahaman tentang Islam. Lihat sahaja hari ini bagaimana cara wanita berpakaian.Kalau lima tahun lepas hanya golongan artis atau terlalu sedikit wanita yang memakai pakaian yang ketat. Namun kini pemakaian ketat telah menjadi kebiasaan.Tidak ketinggalan mereka yang bergelar ustazah atau menteri telah terpengaruh dengan ajaran berpakaian ketat. Acara tayang badan dan mengumpul dosa percuma sedang di amalkan secara meluas tanpa gangguan.Menteri yang menjaga hal ehwal agama gagal mendidik masyarakat supaya berpakaian cara Islam.

Jika wanita turut serta solat Jumaat, sekurang-kurangnya mereka mendapat ilmu hasil dari khutbah Jumaat atau tazkirah yang di sampaikan pada hari Jumaat. Jika tidak hanya si ayah dan anak lelaki sahaja yang mendapat ilmu Islam. Di masa orang sembahyang Jumaat si ibu dan anak perempuan menonton tv di rumah. Si ayah pula tidak pernah memijak tangga masjid melainkan pada hari Jumaat.Pendidikan agama di sekolah tidak mencukupi kerana ia hanya mengajar perkara yang asas. Pendidikan agama di sekolah tidak sama dengan pendidikan agama di luar sekolah. Mereka tidak mendapat pengetahuan tentang agama kerana telah di hidangka dengan racun hiburan yang semakin hari semakin pesat membangun.

0 comments:

Catat Ulasan