VALENTINE DAY YANG MENCEMARKAN






Tarikh 14hb setiap tahun memang telah diketahiu oleh setiap orang.Masyarakat Islam juga sangat mengetahui tarikh ini.

Tarikh 14hb Februari adalah tarikhyang amat ditakuti oleh masyarakat Islam terutamanya para ibu bapa yang memiliki anak perempuan.Apa tidaknya kerana tarikh inilah masa yang dikatakan masa yang sesuai menunjukkan kesetiaan seseorang terhadap pasangannya.Sebelum tarikh ini tiba berbagai pihak mengeluarkan fatwa mengenai hukum menyambutnya.

Masyarakat melayu islam adalah masyarakat yang paling sensitif terhadap sesuatu isu yang melibatkan orang Islam.Walau bagaimanapun ia hanya bersikap sentimen dan tidak mendatangkan apa-apa terhadap mereka.

Saya pada siangnya menghantar sms kepada semua rakan yang istiqomah menghadiri kuliah ilmu agar bersama kami pada malam Valentine day menemui anak muda di lapangan.Oleh kerana kesedaran dan adanya ilmu saya menjangkakan ramai yang akan turun pada malam tersebut.Agak menghampakan kerana manusia yang faham hukum juga membisu dan lena tidur dengan masalah yang menimpa umat Islam.Walaupun tak seperti yang disangkakan alhamdulillah lebih kurang 15 orang turun pada malam tersebut.Seprti dijangka memang ramai yang meraikan malam hari kekasih.

Antara tempat yang kami kunjungi ialah dataran Pekan rabu,karaoke Jeti Point,Taman permainan kanak-kanak dan karaoke Langkawi fair.

Read More

MAJLIS PELANCARAN LANDAS LANGKAWI

Insya Allah pada 9 February depan LANDAS Langkawi akan membuat pelancaran dan memperkenalkan LANDAS kepada masyarakat Langkawi.Memang selama ini rakyat Langkawi sedikit sebanyak telah mengenali LANDAS tetapi hanya melaui media.

Dengan mengenali LANDAS dengan lebih dekat kami harap labih ramai masyarakat Langkawi bersama LANDAS turun ke lapangan.kami tidak memerlukan sokongan dari mana-mana pihak sebaliknya hanya penyertaan sahaja yg diperlukan.

Penceramah Jemputan pada malam itu ialah;
Ustaz kamarudin Abdulla(Presiden IPSI)Islamic Propagation International Society
Ustaz Muhamad Luthfi Ameer(Pensyarah Polimas)
Ustaz Ahmad Hussam Dato Badarudin(Penceramah Bebas)

Dalam program nanti akan ada
1.bacaan ayat suci Al Quran oleh ustaz Rashidi
2.Nashid oleh pelajar maktab mahmud Langkawi
3.Qasidah salawat bersama-sama para hadirin yang hadir pada forum itu nanti

Jemput semua kesana.
Read More