02 Ogos 2010

LANDAS PELAWA PESERTA IMAM MUDA TURUN KE LAPANGAN

Kami berharap dapat bersama peserta rancangan IMAM MUDA turun ke lapangan mendekati masyarakat yang menyimpang. Peserta imam muda tentunya memiliki pengetahuan tentang pencak silat di lapangan. Sayang sekali jika ia hanya dijadikan rancangan tv tanpa diterjemahkan di lapang sasar. Dakwah di lapangan memerlukan tenaga yang ramai dan hati yang kental. Peserta imam muda memiliki ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pendakwah di lapangan.

Sesuatu rancangan yang di terbitkan perlu ada motifnya. Kalau tidak ia hanya setakat hiburan yang tidak mendatangkan hasil. Walaupun tidak berapa mengikuti perkembangan rancangan Imam Muda namun apabila sesekali menyaksikan rancangan ulangan ia memiliki ciri-ciiri yang diperlukan dalam dakwah lapangan.

Kalau Akademi Fantasia dan Jangan Lupa Lirik boleh menarik jutaan peminat dan melalaikan setiap penonton, Imam Muda juga diharapkan dapat mendatangkan hasil yang sama. Kalau para pereka seni yang berusaha bertungkus lumus mencari bahan untuk melalaikan manusia mengapa tidak mereka yang bergelar ilmuan juga mencari alternatif lain untuk mengajak orang kepada Islam. Program yang boleh menarik orang kepada Islam perlu diperbanyakkan dan perlu sentiasa disegarkan. Umat Islam ketandusan bahan untuk mengindahkan Islam.

0 comments:

Catat Ulasan