12 Ogos 2010

ADAKAH HANYA BILA BERSATU UMNO-PAS BARU MAHU LAKSANA ISLAM

"Bersatu UMNO dan PAS" adalah tajuk utama akbar dalam dua tiga bulan ini. Adakah hanya bila bersatunya UMNO-PAS baru boleh Islam di laksanakan sepenuhnya di negara ini. Saya pernah menyaksikan debat perdana di TV yang yang di pengerusikan oleh Professor Dr.Agus Yusuf yang mana ahli panelnya terdiri daripada YB.Dr. Mujahid Yusuf Rawa(PAS), Ustaz Affendi (UMNO) Dr.Asri Zainal Abidin dan Lukman Nur Adam. Salah seorang ahli panel berkata " marilah UMNO dan PAS bersatu dan kita akan buat hudud".Persoalan saya adakah Islam hanya hudud sahaja.Hudud hanyalah sebahagian dari Islam.Hanya baru tahun lepas YB.Datuk Husam Musa menjelaskan bahawa PAS akan melaksanakan hudud jika PR memerintah Malaysia. Kenyataan itu di keluarkan semasa perdebatan antara Datuk Hussam dengan Khairi Jamaludin. Malangnya statement beliau telah di isukan secara meluas di surat khabar.Mengapa di isukan statement ini? Ada di antara rakyat yang mengatakan ia bertujuan untuk menakutkan orang bukan islam dan sekaligus menyebabkan mereka lari.Dalam masa hudud di isukan timbul pula cadangan bersatu demi untuk melaksanakan Islam.Apakah ini rancangan kartun?

Isu rampasan arak di selangor juga di sentuh dalam perdebatan tersebut. Ustaz Afendi berkata" Dr.Hassan Ali pulangkan balik arak yang di rampas kerana takut pada DAP".Persoalannya samada beliau takut atau tidak ia bukanlah isunya. yang menjadi masalah ialah peniaga bukan islam ini telah di beri lesen berpuluh tahun dan ibarat pokok yang telah tumbuh akar berjela.Adakah senang untuk mengubah tanggapan rakyat yang telah di beri ruang mencari rezeki dengan cara menafikan hak orang lain.Mereka tidak memperdulikan hak orang Melayu Islam kerana mereka merasakan bahawa mereka boleh merubah kerajaan melalui peti undi.Orang melayu pula di ajar supaya memencilkan mereka yang tidak menyokong sesuatu pihak."Mengapa mesti meminta kebenaran dari orang kafir bila mahu melaksanakan islam sedangkan orang orang kafir tidak pernah meminta iziz kepada orang islam jika mereka mahumengamalkan ajaran mereka". Apakah orang islam tiada hak ke atas agama mereka sendiri?.

Isu arak di langkawi

Saya balik kepada suasana di Langkawi dan mengupas isu arak. Di Langkawi peniaga bukan Islam di beri lesen berniaga tanpa had sedangkan populasi penduduk bukan Islam hanya sekitar 5% sahaja. Kesemua kedai orang bukan Islam di Langkawi menjual arak.Akibatnya orang Islam yang menjadi mangsa.Arak dalam tin hanya berharga RM1.30 sedangkan di tanah besar harganya RM6.00.Hanya harga rokok yang di naikkan sedangkan harga arak.masih terlalu murah.Harga murah telah membuka ruang kepada orang Islam Langkawi menjadi pemabuk.Pejabat Daerah tanpa bertanya kepada anak khariah telah sewenang-wenangnya mengeluarkan lesen menjual arak. Saya pernah beberapa kali menghantar email kepada wartawan meminta di isukan tentang arak tetapi tidak di siarkan kerana ada pihak yang menghalang. Mereka berkata arak adalah untuk pelancong dan santapan sebagai kawasan pelancongan.Saya yakin bahawa ada pihak lain yang menjadikan isu arak sebagai bahan politik jika YAB Ustaz Azizan mahu membuat perubahan ke atas premis arak.Isu arak di Langkawi hanya UMNO yang boleh menyelesaikannya kerana kerajaan pusat yang berkuasa berkaitan cukai.

Muda mudi langkawi telah hancur gara-gara arak di tambah dengan sikap orang Islam yang suka mengkritik melalui hati. Sikap benci hanya dalam hati menyebabkan orang islam di jajah di tanah air sendiri. Sikap ini jugalah yang membuka ruang kepada orang kafir mudah bertapak di kawasan orang Islam. Orang Islam hari ini terlalu baik hati. Islam telah mengingtakan penganutnya supaya sentiasa berwaspada terhadap orang kafir.

Isu kuota perumahan.
YAB ustaz Azizan pernah mengumumkan tentang pembelian kuota rumah.Kuota pembelian rumah pada zaman BN ialah 30% Bumiputra dan 70% bukan Bumiputra.MB membuat perubahan kerana populasi penduduk Kedah ialah 70%melayu,20% Cina dan 10% India.Adakah adil penduduk Melayu 70% tetapi hanya mendapat kuota 30% pembelian rumah? DAP dan GERAKAN telah menghentam PAS tetapi UMNO hanya berdiam diri. Sepatutnya UMNO adalah orang yang paling awal mengeluarkan kenyataan menyokong dasar yang berhajat mempertahankan hak orang Melayu.

Kawasan Pilihan Raya.
Banyak kawasan yang di diami majoriti oleh orang Melayu telah di serahkan kepada orang bukan Melayu.Kita semua boleh mentafsir apa yang saya maksudkan.


Untuk makluman saya bukanlah ahli mana-mana parti politik tetapi sekadar mahu bersama mengikuti perkembangan agama dan bangsa.Tulisan ini adalah sebahagian pandangan hasil dari perkembangan yang berlaku mutakhir ini.

0 comments:

Catat Ulasan