MENGAPA HANYA BERCAKAP TENTANG HAK ORANG MELAYU?
Mana yang lebih penting hak orang Melayu atau hak Islam? Kalau Melayu kuat adakah Islam turut kuat? Kalau Islam kuat adakah orang Melayu turut kuat? Selama ini pun orang Melayu kuat tetapi Islam tidak juga kuat.Terang lagi bersuluh di mana kekuatan bangsa gagal menaikan agama.Mengapa tidak di cuba menguatkan agama dalam usaha mempertahankan atau menaikkan hemogeni bangsa. Nabi kesayangan kita ada bersabda yang bermaksud " Bukanlah di kalangan umatku di kalangan mereka yang memperjuangkan bangsa.Ini bermakna memperjuangka hak bangsa hanyalah perjuangan yang sia-sia jika tidak di sertakan dengan memperjuangkan agama. Bukan setakat sia-sia bahkan seseorang boleh jatuh syirik kahfi(syirik kecil) jika dia memperjuangka hak bangsa tanpa memperjuangkan hak agama.Bahkan jika matinya seseorang yang memperjuangkan hak bangsa tetapi dalam masa yang sama tidak memperjuangkan hak agama matinya adalah mati sia-sia.Seseorang yang mati dalam usaha menaikkan agamanya adalah mati syahid iaitu maqam yang paling tinggi di dalam Islam.Islam memang menjaga hak sesuatu bangsa.Oleh sebab itulah hak Islam hendaklah di jaga terlebih dahulu jika mahu hak bangsa di jaga dan di pelihara.Seseorang yang rohnya di suntik dengan roh Islam akan sentiasa menjaga haknya.Bangsa tiada syariat sedangkan agama semuanya lengkap.Jika dari selepas merdeka bangsa di negara ini memperjuangka agama sudah pasti bangsa yang bercakap tentang memperjuangkan hak bangsanya menjadi mulia.
Jatuhnya negara islam hari ini kerana mereka menjauhkan diri dari Islam.Mereka tidak endah akan peringatan Allah melalui Al Quran. Allah melarang mereka mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani tetapi jalan itu juga yang mereka pilih.Islam suruh wanita tutup aurat tetapi isteri pemimpin sendiri tak menutup aurat.Islam suruh laksana ekonomi cara Islam,undang-undang cara Islam tetapi kita ambil sistem yang tidak Islam.Bagaimana kita hendak mendaulatkan bangsa sedangkan dalam masa yang sama kita tidak mendaulatkan agama.
Secara keseluruhannya semua ini adalah untuk dunia.Semua pemimpin mehu mengabdikan pencampaian diri masing-masing.Mereka mahu di lihat hebat oleh manusia tetapi tidak di pada kaca mata Islam.Sehebat manapun manusia dia tetap ada akhirnya.Jika dia tahu dan membayangkan betapa sukarnya kehidupan di alam barzakh sudah pasti dia tak sempat memikirkan hal yang boleh menghalangya dari beramal kepada Allah.Kehidupan alam kubur amatlah sukar>
0 comments:
Catat Ulasan