24 Ogos 2010

ORANG BUKAN ISLAM JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN ORANG ISLAM


NGO mengingatkan kepada mereka yang bukan beragama Islam agar jangan masuk campur urusan orang Islam. Dalam masa yang sama sesama umat Islam seharusnya menunjukkan sifat cintakan agama sendiri. Pemimpin politik yang bukan beragama Islam seharusnya menghormati pegangan agama orang Islam. Hudud adalah sebahagian dari Islam dan orang bukan Islam tidak seharusnya merasa terancam. Kalau orang bukan Islam selama ini bebas menggunakan peraturan sekular mengapa pula mereka mahu menghalang orang islam mengamalkan ajaran mereka.Hukum hudud adalah hukuman yang dikenakan ke atas penjenayah yang beragama Islam dan bukan ke atas orang bukan Islam. Karpal Sing janganlah mencari publisiti. Kalau orang Islam boleh menghormati pegangan beliau mengapa pula beliau tidak boleh menghormati pegangan agama orang Islam.

Sewaktu saya belum memeluk agama Islam, rakan-rakan saya yang beragama Islam tidak pernah menghalang saya beramal dengan agama asal saya. Parti politik seperti DAP, GERAKAN atau MCA janganlah berlagak menjadi hero yang kononnya memperjuangkan kebebasan. Apakah kebebasan namanya jika orang Islam dihalang mengamalkan Islam sebagai cara hidup mereka. Saya sebagai salah seorang penganut agama Islam merasa terpanggil menjawab komen atau kritikan yang dilemparkan oleh mereka yang bukan beragama Islam terhadap Islam.

0 comments:

Catat Ulasan