LANDAS BERSAMA JHEAINK OPERASI MINUM ARAK DAN MAKSIAT
Dakwah dan penguatkuasaan 2 elemen yang patut ada pada seorang penguatkuasa. Nasihat adalah paling utama agar mereka memahami apakah itu Islam. Inilah akibatnya apabila orang Islam sudah tidak menghiraukan maksiat di depan mata.Gadis melayu ini sanggup bersekedudukan dengan Bangla kerana tak mampu mengawal nafsu.
"Kami nak kahwin tapi hantaran mahal sangat" seakan -akan rungutan dari remaja Iban ini. Dia mahu memeluk agama Islam tetapi seakan-akan terhalang kerana mudah mendapatkan barang percuma. Insya Allah saya akan memudahkan proses meng Islamkan remaja ini.
Seorang wanita yang cuba melarikan diri di soal siasat oleh kami
Aktivis LANDAS mengetuk pintu yang di syaki ada pasangan yang berkhlwat di dalamnya
Gadis ini adalah anak kepada sahabat saya.Bekas penunutut sebuah sekolah agama pondok di Kedah.suatu ketika bertudung labuh hinggakan saya tak kenal pada peringkat permulaan sewaktu kami menemui mereka. Di katakan akan berkahwin pada bulan depan tetapi bebas di usung kemana sahaja dalam tempoh hendak berkahwin. Tunangnya memberitahu yang dia di ambil di rumah dan mendapat kebenaran dari orang tuanya.
Aktivis LANDAS sedang menunggu menunggu rakan-rakan di hadapan dangdut di Mini Hatnyai ( NAGOYA ).Kurang pasti samada dangdut ini telah memperbaharui lesen.Lesen dangdut ini tamat tempoo pada Disember 2007. Amat hairan bagaimana ia boleh beroperasi tanpa lesen.
Dataran Pekan Rabu yang di bina untuk bersantai seisi keluarga telah di jadikan port perjumpaan antara pasangan. "Kami tak buat apa pun " antara kata-kata yang sering keluar dari milut pelaku maksiat. Jahil dan seronok melakukan maksiat menjadikan mereka hilang rasa malu dan maruah diri. Penguatkuasa agama memberi kompaun kepada anak muda yang berduaan dalam kereta
Saya memberikan sedikit kata-kata nasihat kepada gadis ini.Berjauhan dar keluarga menyebabkan mudah di goda oleh nafsu yang sememangnya tidak pernah tidur untuk menyesatkan tuannya. Bertudung labuh tetapi berani tidur sebilik dengan lelaki bukan muhrim
Penguatkuasa dan aktivis LANDAS menyusuri lorong-lorong bangunan di persekitaran Langkawi Mall untuk menjejaki aduan darpada orang ramai. Bilik sewa di kawasan ini di jadikan tempat bersekedudukan oleh pasangan melayu beragama Islam. Kelihatan muslimat dari Jabatan agama dan AADK daaerah Langkawi sedang gigih menjalankan tugas.
0 comments:
Catat Ulasan