MENGAPA TAKUT KARPAL SING?
Karpal Sing nama yang amat terkenal di Malaysia atau mungkin di seluruh dunia.Nama yang sama terkenal dengan Dato Siti Nurhaliza dan Perdana Menteri.Orang Islam mengenal beliau kerana kenyataan demi kenyataan yang menolak cadangan perlaksanaan hukum Islam seperti yang di cadangkan PAS.Orang bukan Islam menyanjungi beliau kerana beliau berjaya menjadi wakil yang menghalang perlaksanaan hukum Islam.UMNO pula menuduh PAS takut Karpal Sing atau alat DAP kerana tak berani melaksanaan hukum Islam di negeri yang di perintah. UMNO kata PAS takut DAP sedangkan negara ini tak pernah pun melaksanakan hukum Islam sebagai dasar negara.Adakah UMNO melaksanakan dasar Islam selama ini.Karpal Sing berjaya menghalang pemimpin negara melaksanakan hukum Islam dalam pemenrintahan tetapi berjaya memaksa pemimpin Islam mengguna pakai hukum yang di reka oleh manusia.kalau negara tak pernah mengguna pakai hukum Islam mengapa PAS yang di tuduh takut DAP?Yang menjadi persoalan ialah mengapa pemimpin Islam Malaysia takut Karpal Sing? Laksanakan sahaja Hukum Islam dan rakyat pasti akan berada kukuh di belakang pemimpin negara.Negara ini adalah negara orang Islam dan orang bukan Bumiputra adalah mereka yang di datangkan oleh penjajah British.Selagi kita berdalih dalam usaha melaksanakannya maka selagi itulah Karpal akan terus berlagak menjadi hero.Mengapa kita takut Karpal Sing sedangkan dengan Allah kita bermain sandiwara dan politik.Tak perlu bersatu UMNO-PAS baru ak laksanakan Islam.Jika kerajaan melaksanakan Islam dalam pemerintahan secara automatiknya rakyat yang beragama Islam akan berjaya di satukan.Pada masa itu tiada lagi PAS,UMNO atau PKR.
Mengapa mesti di isukan PAS takut DAP apabila setiap kali pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan menolak perlaksanakan hukum Islam.UMNO yang di barisi orang Islam sepatutnya menyokong Kelantan yang mahu melaksanakan hukum Islam.Kalau UMNO takut melaksanakan hukum Islam di negeri yang di perintah mereka selama ini mereka sepatutnya memberi ruang kepada kerajaan Kelantan melaksanakannya.Orang bukan Islam akan melihat Kelantan sebagai model dan memberi ruang kepada negeri lain mengikut jejak langkah.
Orang bukan Islam memang sifat mereka menentang hukum Islam.Mereka bertambah berani kerana adanya orang Islam yang turut menetang hukum islam.Paling tidak sikap kebanyakn orang Islam yang tidak beramal dengan Islam atau hidup berselimut dengan dosa.Apabila orang Islam berperangai seakan manusia yang tidak beragama maka orang Islam akan menggambarkan Islam sebagai agama yang tidak memelihara kesejahteraan hidup manusia.
0 comments:
Catat Ulasan