07 Jun 2010

HANTARAN KAHWIN PENDORONG PERZINAAN

" Orang Islam amat di larang tinggal sekali sebelum kahwin" kata saya kepada remaja Iban ini yang seolah-olah tidak faham akan kedatangan kami menyerbu mereka bilik tempat mereka tinggal. Kalau mahu tinggal sekali kamu hendaklah kahwin dulu. Agama Islam tak sama dengan adat kita orang Iban yang membolehkan wanita di usung ke mana-mana asalkan suka-sama suka. Apakah kamu mahu mengahwini dia dan mahu memeluk Islam. Kamu mesti masuk Islam Islam jika ingin berkahwin dengan dia" itulah penerangan yang keluar dari mulut saya. "Saya nak kahwin secepat mungkin tetapi hantaran RM9000 amat mahal " tambah remaja ini lagi.

Saya simpati dengan remaja ini. Dia mahu masuk Islam tetapi Islam yang dia faham telah menangguhkan dia untuk masuk Islam. Apaka Islam memang menetapkan mas kahwin yang amat mahal. Setakat yang saya belajar Islam tidak menyusahkan umatnya. Di zaman para sahabat contohnya ada di antara para sahabat yang menggunakan senaskah AL QURAN sebagai hantaran. Mereka berjaya menonjolkan ajaran Islam yang tidak membebankan. Mengapa amalan ini tidak lagi di terjemahkan di zaman ini? Ajaran Islam seolah-olah mahu di samakan dengan lain-lain agama. Ada ajaran agama yang menetapkan kahwin mahal hatta bila mati pun mahal.

Tidak boleh di nafikan bahawa hantaran kahwin yang mahal adalah penyebab kepada berlakunya kahwin sebelum akad nikah. Bukan semua orang mampu mencari belanja hingga mencecah RM9000. Apabila tidak mampu mencari wang sebanyak itu maka berlakulah perzinaan dan lahirlah anak luar nikah dan kemuadian lahir pula pembunuh yang lebih zalim dari Firaun. Di zaman manusia tidak mampu mengawal nafsu dan maksiat keliling pinggang para ulama hendaklah mencari jalan untuk mengelakkan manusia terjun ke lembah perzinaan.

0 comments:

Catat Ulasan