24 Julai 2010

ESQ SESAT?


"ESQ dilarang mengadakan aktivitinya di Wilayah Persekutuan kerana dikatakan mengandungi unsur liberalisme dan plurolisme". Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh mufti Wilayah Persekutuan. Pun tidak ketinggalan ada blogger yang menulis dan menyenaraikan kandungan unsur kesesatan yang terdapat di dalam ESQ. Orang awam menjadi bingung dengan percanggahan pendapat yang utarakan oleh Mufti Wilayah dan lain-lain mufti di negara ini. Mengapa harus ada percanggahan yang ketara dalam institusi mufti? Mengapa harus ada perbezaan disiplin ilmu pada mufti sedangkan mereka bergelar mufti dan menjadi rujukan umat Islam. Perbezaan pendapat yang ketara ini akan membuka ruang kepada mereka yang sentiasa menunggu ruang untuk menghentam ilmuan Islam. Adakah ini yang di katakan "percanggahan pendapat adalah rahmat". Perbezaan antara sesat dan tak sesat adalah teramat berbeza. Perbezaannya umpama langit dan bumi sedangkan bumi dan langit adalah dua benda yang berbeza.


Tidak ketinggalan mereka yang tidak kenal langsung ESQ turut memberi komen tentang
ESQ. Bagi saya yang telah dua kali mengikuti program ESQ, saya merasakan program ini adalah salah satu uslub dakwah. Walau pun ia adalah program yang direka untuk membentuk kecerlangan diri namun ESQ lebih kepada penghayatan Islam. DR.Ary Ginanjar Agustian berjaya membentuk suatu modul yang boleh mengajak seseorang untuk menghayati kehidupan. Seseorang yang berilmu akan di erjemahkan dengan lebih mendalam tentang kekuasaan Allah tentang penciptaan langit dan bumi.


Di Langkawi ramai aktivis LANDAS telah mengikuti program ESQ. Para aktivis berkata" sekiranya ada lagi program ESQ berdekatan kami tidak akan melepaskan peluang untuk terus mengikutinya. Bahkan aktivis LANDAS yang pernah mengikuti program ini yang mampu bertahan untuk terus berada di tengah masyarakat dalam kerja-kerja dakwah. Kami diberi peluang mengikuti kursus ini tanpa bayaran. Kami masuk atas kapasiti sebagai aktivis dakwah kerana salah seorang kakitangan ESQ adalah juga aktivis LANDAS.

Harap selepas ini tiada lagi suara sumbang yang komen tanpa mengetahui apa sebenarnya ESQ. DR.Ari Ginanjar juga seorang yang amat terbuka dan meminta diperbetulkan jika ada yang meragukan di dalam program ciptaannya itu. Mantan Mufti Kedah juga menegur sikap mufti Wilayah yang menghukum tanpa berbincang dalam memberi pendapat tentang ESQ.


Amatlah ditakuti jika ada individu yang tidak senang hati dengan program kerohanian yang direka demi untuk menghayati sebuah kehidupan. Saya masih ingat bagaimana suatu ketika dulu ada menteri yang mengatakan " Mempelajari tasauf hanya akan menyebabkan umat Islam mundur dan takut untuk maju".


0 comments:

Catat Ulasan