30 Jun 2010

TERIMAKASIH SAUDARA MAZLAN

"TERIMAKASIH SAUDARA MAZLAN", Kata-kata yang layak kami tujukan kepada beliau.

L
angkah yang belum pernah dilakukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat terdahulu dalam meluluskan lesen rumah urut atau pusat hiburan. Beliau mengambil langkah bijak apabila meminta pandangan Pejabat Agama dan LANDAS sebelum membuat keputusan dalam meluluskan sesuatu lesen yang dikhuatiri boleh mengundang gejala negatif. InsyaAllah LANDAS Langkawi, Pejabat Agama Daerah dan PBT akan bekerjasama dalam menangani gejala sosial yang diakibatkan hasil dari pemberian lesen premis hiburan yang tidak terkawal.

Zaman kerajaan terdahulu memerintah, pandangan pehak Pejabat Agama Daerah tidak pernah diambil tahu. Mereka meluluskan sahaja setiap permohonan tanpa mengkaji implikasi yang akan timbul kemudian hari. Mereka mengambil jalan mudah tanpa mahu berfikir apa akan terjadi kepada orang Islam akibat dari perancangan yang tempang. Orang Langkawi menjadi pemabuk dan kaki berhibur tanpa batasan adalah hasil kerja buat mereka yang terdahulu. Kedai arak yang berselerakan menyebabkan orang Melayu Islam mudah menjadi pemabuk. Akibatnya ia telah menjerut leher sendiri. Di pekan Kuah sahaja ada berpuluh kedai yang menjual arak hinggakan kedai elektrik pun menjual arak. Mereka tidak bertanggungjawab kerana tidak pernah pun mengambil tindakan kepada mana-mana premis yang tidak mematuhi undang-undang.


Saudara Mazlan telah mengambil langkah yang bijak dan berani apabila menubuhkan Majlis Menangani Gejala Sosial Daerah Langkawi dalam usaha membendung gejala sosial yang semakin barah melarat. Majlis ini berperanan mengkaji dan memberi pandangan balas kepada PBT sebelum sesuatu premis di beri lesen untuk beroperasi. Lavender Massage and Refleksologi telah memohon lesen premis untuk menjalankan perniagaan urut di kawasan Nagoya, Mukim Kelibang. Pejabat Agama dan LANDAS Langkawi membantah pemberian lesen kepada syarikat ini memandangkan lokasi ini menjadi sarang maksiat. Sekarang ini pun tempat ini telah diberi jolokan
"Mini Hatnyai Langkawi". Berbagai kegiatan maksiat ada di sini seperti pelacuran dan kongsi gelap. Bahkan ada anggota Polis yang menghambakan diri memelihara mereka yang menjalankan kerja-kerja haram.

0 comments:

Catat Ulasan