RAMADHAN TERUS DI CEMARI
Kelihatan ahli jemaah masjid Al Kadim dan masjid Nurul Hidayah Kelibang sedang memberi nasihat kepada remaja yang kami temui sedang minum.
Kelihatan beberapa tin arak yang telah diminum bersepah-sepah di dalam longkang yang diminum oleh anak muda remaja melayu.
Penguatkuasa agama mengeluarkan notis hadir ke Pejabat Agama Daerah Langkawi kepada seorang remaja yang mabuk kerana telah meneguk beberapa tin arak di dataran pekan Rabu, Langkawi.
Ramadhan jangankan dihayati malahan dicemari. Malang dan amat malang sekali umat akhir zaman kerana tidak menghargai nikmat yang di kurnia oleh yang Maha Pemurah. Bukan setakat rugi bahkan tidak terfikir langsung untuk memanfaatkan bulan yang di kurniakan oleh Allah kepada hamba Nya. Bulan Ramadhan di anugerah kepada Umat Nabi Muhammad dan diberi pahala yang tidak ternilai.Manusia semakin hari semakin lalai dan takabur dengan sang Maha Pencipta.
Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya "celakah seseorang yang apabila habisnya bulan Ramadhan tetapi masih tidak berubah"
Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya "celakah seseorang yang apabila habisnya bulan Ramadhan tetapi masih tidak berubah"
0 comments:
Catat Ulasan