Dataran Pekan Rabu akan jadi Dataran Ilmu

LANDAS Langkawi bercadang menjadikan dataran pekan Rabu sebagai tapak permulaan untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat.Usaha sedang di jalankan untuk mendapatkan kebenaran dari pihak LADA dan Majlis Daerah bagi merealisasikan hasrat tersebut. Tempat ini menjadi tumpuan baru pada setiap malam Jumaat dan malam sabtu atau setiap hujung minggu.Aktiviti LANDAS kebannyakannya berlegar di kawasan ini.Ini kerana tempat ini telah di jadikan sebagai tempat dating , minum arak, tempat berkumpul para remaja dan tempat bersantai ahli keluarga.Tempat ini juga telah di jadikan tempat pertandingan bunyi sound apeaker.

Sehubungan dengan itu kami memohon sumbangan dari teman-teman yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan seberapa yang termampu nutuk membeli peralan layar LCD yang di anggarkan memerlukan perbelanjaan RM4000. LANDAS Langkawi tidak mempunyai sebarang sumber kewangan dalam menjalankan aktivitinya melainkan memerlukan sumbangan orang ramaia. Antara program yang di cadangkan di kawasan ini nanti ialah tayangan ceramah agama, ceramah agama 2 minggu sekali dan tayangan filem yang boleh mendidik masyarakat. Ini adalah salah satu cara yang di fikirkan berkesan dalam usaha mempelbagaikan menyampaikan ilmu kepada masyarakat.
Read More

PUSAT DAKWAH ATAU PUSAT LEPAK

Saya bersama Ustaz Kamarudin sempat singgah di Pusat Dakwah ini dalam perjalanan balik ke Pulau Langkawi. Beliau menghantar saya pulang selepas kami bersama-sama menghadiri mesyuarat MAPIM ( Majlis Perundingan Islam Malaysia di Kuala Lumpur bersama lain2 NGO.Mesyuarat tersebut membincangkan tentang kaedah mendapatkan dana untuk di salurkan kepada rakyat Palestine.

Saya menunggu ustaz Kamarudin di Pusat Dakwah sementara menunggu beliau selesai menguruskan akaun bank. Saya di sana selama lebih kurang 30 minit.Sepanjang di sana saya perhatikan nama yang tertulis di sign board depan masjid. selepas itu saya perhatikan juga keadaan sekelilingnya.Bagi saya makna Pusat dakwah telah hanyalah namanya sahaja. Nama yang paling layak bagi bangunan tersebut ialah Pusat Lepak. Bangunan tersebut di jadikan tempat lepak dan menukar pakaian. Apa yang paling memeranjatkan ialah terdapat remaja yang berpasangan parking motor di situ.Berpakaian tak senonoh dan berperangai tidak sopan.Nasib saya tak baik kerana tak dapat mengambil gambar pasangan remaja yang meletakkan motor di situ. Mereka sungguh kurang ajar. Mengapa mereka berperangai demikian? Jawapannya kerana tempat tersebut gagal berfungsi sebagai mana namanya. Orang kita memang terkenal dengan berbagai nama atau slogan.

Ustaz-ustaz yang mengajar kuliah agama di situ barang kali perlu menerangkan kepada mereka yang mengendalikan tempat tersebut apakah makna yang tertera di sign board.Makna Pusat dakwah hanya di fahami dalam kontek ayat tetapi tidak di hayati. Perkataan dakwah saban kali di ajar di masjid atau surau tetapi hanya sekadar menjadi halwa telinga. Tidak ada apa yang dapat di terjemahkan dari makna Pusat Dakwah. Sekurang-kurangnya mereka meletakkan papan tanda tentang aurat wanita atau berpakaian cara Islam, Batasan pergaulan,dan Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah. Aspek mendidik masyarakat ke arah penghayatan Islam secara kaffah amatlah sedikit. Bak kata orang " Jangan tak buat"
.

"/strong>.
Salah satu foto yang sempat saya rakam di kawasan parking pusat dakwah. Berpakaian ketat dan menjolok mata. Tidak segan silu sekali pun parking di pusat Dakwah yang juga selaku masjid.
Read More

"AMERIKA bina kilang coca-cola di Nilai" hubungan Amerika dan Malaysia bagai isi dengan kuku.

" Amerika", siapa yang tidak kenal dengan nama besar ini.Berstatus negara kaya,memiliki senjata tercanggih dan negara pembuli dan terjahat di dunia.Amerika dengan kerjasama negara eropah telah mewujudkan negara haram Israel yang bertujuan untuk menjajah negara Timur Tengah.Tanpa Amerika dan sekutunya, Israel takkan wujud dan mampu bertahan.Mereka mewujudkan NATO untuk menggertak dunia dan sekaligus menjadi blog yang dominan dalam angkatan tentera.Kekuatan ekonomi Amerika juga banyak di bantu oleh negara Islam dari Asia Barat dan Malaysia juga tidak terkecuali.Kebanyakan jutawan dunia berasal dari negara Teluk dan mereka melabur serta menyimpan wang di sana.Hasil pelaburan tersebut di gunakan kembali untuk menghancurkan orang Islam.

Apakah PM yang kita sanjungi sengaja buat-buat pekak dengan peranan yang di mainkan oleh coca-cola dalam memberi sumbangan kepada tentera Israel menghasilkan senjata.Hanya kerana mahu hidup mewah dan mahu bergelar negara maju,pemimpin negara sanggup meletakkan umat Islam di mulut harimau.Tabiat harimau walaupun jinak tetapi dia tetap binatang buas.Tak cukup dengan kebanjiran barangan Yahudi dan Amerika, mereka sanggup mempelawa Amerika membuat kilang di Malaysia.
Pesan untuk pemimpin ini ingatlah pada pesanan Allah yang bermaksud " orang Yahudi dan Nasrani sesekali tak akan redha kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka". Sepatutnya pemimpinlah yang lebih alim daripada rakyat dan bertindak sebagai pengamal al quran dan sunnah. Apakah peranan menteri yang menjaga hal ehwal agama?. Saya yakin hubungan Amerika dan Malaysia menjadi semakin intim dan ibarat merpati dua sejoli.


Dengan tersiarnya artikel ini bukan bermakna kami mencampuri hal politik negara tetapi sekadar mahu turut serta dalam memberi nasihat. Dakwah bukan hanya kepada rakyat jelata tetapi juga kepada semua manusia.
Read More

BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG


Umat Islam hari ini menghadapi krisis hilang rasa malu. Tidak merasa berdosa dan bangga menayangkan bentuk tubuh badan kepada umum. Sangat murah harga diri. Bertudung berbaju dan berseluar ketat itulah fesyen terkini umat Islam. Mereka lebih moden dari orang Barat. Penyakit berpakaian tak cukup kain telah menghinggapi wanita islam.

Musuh Islam tidak perlu menggunakan senjata untuk menakluki negara orang Islam tetapi cukup sekadar mereka fesyen terbaru yang boleh memesongkan pegangan umat Islam dari agama mereka. Cara terkini umat Islam berpakaian amat menakutkan.
Mana suara JAKIM, YADIM, JAIN? Adakah mereka tidak melihat gejala berpakaian tetapi telanjang sebagai sesuatu yang menjadi ancaman kepada umat Islam.
Read More

Tahniah Pejabat Agama Daerah kulim (PADK)



Kegigihan PADK dalam membenteras gejala yang semakin berleuasa patut di contohi oleh pejabat agama lain samada di negeri Kedah atau di negeri lain.Mereka sepatutnya membuat kerja penguat kuasaan siang dan malam. Di Langkawi contohnya, kerja penguat kuasaan hanya di buat pada waktu malam. Maksiat tidak mengira gelap atau terang.Jika kesungguhan PADK di laksanakan di seluruh negeri, saya yakin gejala tidak sopan dan tak malu akan terpadam dengan sendirinya.Mereka berani melakukan maksiat secara terang-terangan kerana tiada siapa yang mengganggu mereka. Mereka merasa selamat dan seronok kerana seolah-olah mereka tidak bersalah.

Mereka yang menduduki kerusi teratas di Jabatan Agama di sarankan mendidik kakitangan mereka agar melihat perkara maksiat sebagai satu ancaman kepada syariat Allah.Jangan ada yang bersikap dan beranggapan bahawa mereka hanya makan gaji.Kakunya kebanyakan pegawai masjid kerana aspek kesedaran dan pertanggung jawaban tidak di tanam.Hatta maksiat di tepi rumah sendiri pun tidak mampu di bendung.
Read More

Rombakan EXCO antara harapan dan kebimbangan

Rombakan exco adalah perkara biasa kepada mana -mana kerajaan negeri.YAB ustaz Azizan bertindak bijak kerana memberi tempoh dua tahun kepada mana-mana exco yang di lantik untuk menunjukkan kebolehan masing-masing.Dengan ini izinkan kami sebagai rakyat untuk memberikan sedikit harapan kepada exco yang bakal di lantik.

Saya mewakili teman-teman di dalam LANDAS mmeberikan harapan yang tinggi kepada mana-mana exco yang di lantik menerajui exco agama.Dua tahun PR yang di pimpin oleh PAS menerajui negeri Kedah.Kami mengharapkan exco agama yang di lantik nanti adalah di kalangan exco yang bertenaga.Kami amat ternanti-nanti seorang exco yang pick up nya laju bukan sekadar mengikut dari belakang.Menjadi exco agama bukan semestinya dari kalangan ustaz.Semua orang hendaklah beramal seperti mana seorang ustaz kerana bukan ustaz juga tak terkecuali dari dosa dan pahala.

Di Jabatan Agaman contohnya banyak reformasi yang perlu di lakukan.Antaranya ialah yang melibatkan penguat kuasaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (EKJS).Sebelum UMNO mewariskan pemerintahannya kepada PAS, mereka telah meminda pemberian kad Kuasa pencegah maksiat hanya kepada kakitangan tetap. Alasannya ialah kerana ada unsur penyalah gunaan kuasa. Mereka yang di dapati meyalah guna kad kuasa tidak boleh di dakwa hanya kerana mereka bukan penjawat awam.Apakah alasan ini boleh di terima?
Adakah masalah sebesar ini tidak boleh di cari jalan penyelesaian oleh barisan peguam yang ada di jabatan Agama.Bagaimana nak membicarakan pasal hudud kalau setakat kad kuasa pun tidak mampu di fikirkan.
Read More

Pantai Cenang: Pantai Arak

Kenduri arak di Pantai Cenang berlaku setiap malam. setiap kali kami keluar ke mana sahaja di bumi Langkawi, suasana ini boleh di lihat di mana sahaja.3 lelaki dan seorang perempuan, mereka telah menghabiskan arak berbelas botol. salah seorang dari mereka adalah bekas pelajar Maktab Mahmud dan sahabat kepada ustaz Deddy. Beginilah nasib kami penduduk Langkawi yang di hidangkan dengan arak setiap hari. Kami akan tuntut pemimpin di akhirat nanti kerana melonggokkan arak di bumi kami.

Read More

Pantai Cenang: Pantai memadu kasih

Pukul satu pagi,Pelajar perempuan tingkatan 5 dari salah sebuah sekolah di Langkawi bersama pasangannya sedang asyik ber dating semasa kehadiran kami. Berpakaian terlalu singkat dan duduk dengan pasangan di tempat gelap. Berani dan tak sayang maruah diri.Jabatan Pendidikan perlu membuat bedah siasat akan kepincangan yang berlaku di institusi pendidikan.Hidup yang terlalu mengejar Hadhari mennyebabkan aspek dosa dan pahala di kesampingkan.Pemimpin Negara tidak merasa risau bahawa mereka akan di bebankan dengan dosa anak gadis ini di akhirat kerana memandang ringan aspek dosa dan pahala.
Read More

Pelbagaikan kaedah dalam mendidik masyarakat.


Masyarakat islam hari ini hari demi hari semakin jauh dari Islam. Apa yang tidak kena sedangkan kuliah agama setiap malam di seluruh negara mencecah ribuan pengajian.Ustaz,tok guru hinggakan pensyarahnya pun mencecah puluhan ribu orang. Sekolah agama kerajaan,SAR pun mencecah ribuan buah di seluruh negara.Program agama di tv saban hari semakin banyak namun mesyarakat semakin hari semakin jauh dari Islam.Kesemua program ini amatlah baik tetapi tidak mencukupi.Tok-tok guru, ustaz,alim ulama serta menteri agama tentunya telah lama sedar akan fenomena ini.Tetapi apakah cukup hanya sekadar sedar, masalah ini akan selesai.Kerajaan memiliki JAKIM, YADIM, Pusat Zakat dan Jabatan Agama Negeri.Dalam NGO pula kita ada ABIM,TERAS,PERKIM,TABLIGH dan bermacam-macam lagi institusi.Institusi yang di wujudkan untuk menjaga agama cukup banyak.Wang yang di belanjakan saban tahun mencecah ratusan juta namun natijahnya amatlah minimum.Bagi saya yang pernah menjadi jamaah Al Arqam suatu ketika dulu memang merasakan patut apa yang di ungkapkan oleh Ashaari Mohammad." berikan kami peluang mentadbir Pusat Islam setahun sahaja nanti kamu akan lihat hasilnya ". menteri yang menjaga agama ketika itu merasa diri di rendahkan lalu melenting dan hasilnya Al Arqam di haramkan. Memanglah Arqam di haramkan kerana di kesan ada unsur ajaran sesat di dalamnya tetapi saya cukup kagum dengan gerak kerja mereka.Agaknya itulah hasilnya kalau berani berlebihan dalam bercakap dan membuat kerja.Mereka serius dan bergerak siang malam tanpa mengenal penat lelah.Perancangan sahaja tidak mencukupi tanpa di susuli dengan gerak kerja.

Dulu saya terlibat dengan kerja menjual surat khabar Al Arqam. Hasil kesungguhan ahlinya mengedar risalah,kesedaran masyarakat terhadap Islam menunjukan peningkatan yang mendadak.Hari ini penghayatan Islam semakin hari semakin pudar.Cara menyampaikan islam hanyalah melalui cara tradisional.Selain mengedar risalah Islam, mereka yang bergelar pejuang Islam juga dapat membuang majmumah yang berbuku di hati sejak sekian lama.

Cara yang kami pratikkan di dalam Arqam suatu ketika dulu insya Allah akan kami praktikkan semula di dalam LANDAS. Ustaz-ustaz dan tok-tok guru mahu tak mahu mestilah sanggup meluangkan masa dalam menympaikan Islam. Jangan ada ustaz yang berfikiran bahawa kerja dakwah di lapangan bukan kerja mereka.Bersama-samalah kita bermuhasabah kerana Islam adalah kepunyaan kita semua.

Untuk makluman,penulia adalah bekas ahli Al Arqam.Jika ada yang tersinggung,itu bukanlah niat sebenar saya.Manusia yang di cipta Allah masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.Apa yang kurang tolonglah bantu kerana matlamat kami dalam LANDAS adalah mahu Islam memayungi manusia.Jika ada yang baik bersamalah kita berfikir dan seterusnya bertindak.Dalam Islam kita belajar,beramal dan seterusnya di sebarkan.
Read More

Operasi arak di Langkawi: Jangan hanya sekadar melepas batuk di tangga.

LANDAS Langkawi mengharapkan operasi menangkap mereka yang minum arak di Langkawi di buat secara berterusan. Ini adalah berdasarkan peminum arak di Langkawi yang terlalu ramai. Langkawi yang terkenal dengan jolokan wilayah arak memerlukan penguat kuasaan yang sekerap mungkin. Cuba bayangkan operasi yang di buat pada malam 24hb. februari yang di mana berbelas orang telah di syaki minum arak yang hanya melibatkan 4 premis.Buatlah kerja membenteras dengan bersungguh-sungguh jika mahu melihat Kedah yang sejahtera.Jika Pejabat Agama Langkawi kekuranagan kaki tangan, LANDAS Langkawi bersedia mengerahkan aktivisnya untuk membantu.Di fahamkan Pejabat Agama Langkawi hanya mempunyai dua orang penguat kuasa.Oleh itu saya sekali lagi menyarankan agar kerajaan negeri memberi kembali kad kuasa kepada orang awam jika benar-benar serius mahu membenteras maksiat. Jika tidak ianya hanya lakonan semata-mata. bak kata " jangan tak buat, kalau tak buat nanti orang kata apa ".Di Langkawi kita boleh melihat orang Islam minum arak di mana-mana.

Untuk makluman, harga bagi se tin Carlberg atau Tiger ialah RM1.30. Di tanah besar harga se tin ialah RM6.00 lebih. Harga milo ais pula RM1.50. Status Pulau Bebas Cukai Langkawi haya bermanfaat untuk perokok dan pemabuk sedangkan harga lain-lain barang sama sahaja dengan tanah besar. jadi apa huntungnya status bebas cukai kepada penduduk Langkawi melainkan menggalakkan penduduknya mabuk.
Read More

WUJUDKAN SEKOLAH AGAMA KHAS UNTUK MELATIH PENDAKWAH HEBAT

Agama lain seperti Kristian dan Yahudi telah berjaya melahirkan mubaligh mereka. Mereka menubuhkan institusi khas untuk melahirkan mubaligh yang sanggup berkhidmat di mana sahaja.Di fahamkan Kristian telah melahirkan 85000 mubaligh di seluruh dunia. Tak hairanlah mereka mampu bertapak di mana-mana. Mereka bergiat aktif dan di bekalkan dengan wang lebih dari mencukupi untuk mencapai misi mengkristiankan dunia. Mereka bergabung dan menubuhkan dana demi menjayakan misi mereka.Mereka membuat perancangan yang rapi dan berbagai strategi agar setiap gerak kerja mendatang hasil yang maksimum.

Umat Islam bagaimana? Negara Islam masih belum mampu melahirkan pendakwah yang sanggup merantau ke pelosok dunia. Kita juga perlu menubuhkan sekolah agama khas dalam usaha melahir kader-kader pendakwah yang hebat. Negara islam menjadi lubuk wang tapi sayang wang tersebut di curahkan ke negara yang secara terang-terangan memusuhi umat Islam. Wang dan dunia menjadi kiblat mereka. Pendakwah Islam hanyalah dari kalangan individu dan pertubuhan kecil. Kegiatan mereka hanyalah melalui sumbangan sesetengah individu dan ehsan. Pendakwah Islam tidak mampu memfokuskan kerja dakwah kerana terpaksa mencari wang untuk membiyayai kerja dakwah mereka. Malaysia memiliki Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Saya kurang pasti apakah fungsi institusi yang di gelar "YAYASAN DAKWAH". Pemimpin agama seharusnya sedar dan sepatutnya mereka memikirkan kerja dakwah dari dulu lagi. Mereka seharusnya membuka mata seluas-luasnya tentang fungsi institusi khas yang di wujudkan oleh Kristian seluruh dunia.

Malaysia memiliki banyak sekolah agama. Bayngkan berapa ramai pendakwah yang mampu di lahirkan jika semua sekolah agama mempunyai kesedaran betapa pentingnya kerja dakwah. Hanya hati yang di tanamkan sifat dakwah sahaja yang mampu bergerak ke tengah masyarakat. Kerja dakwah tak akan dapat di realisasikan jika tidak di asah dari awal. Rasulullah berjaya mentarbiah para sahabat dan menyerapkan elemen dakwah di hati para sahabat baginda. Mereka sedia di hantar walau ke pelusuk mana dalam misi menyampaikan Islam. Umat Melayu khususnya adalah hasil sumbangan kegigihan para sahabat dalam kerja dakwah mereka. Elemen dakwah telah di tinggalkan dan telah di ambil alih oleh mereka yang memusuhi islam. Walau pun agak terlambat kita masih ada masa untuk melahirkan pendakwah yang hebat, sehebat Syeikh Habib Riziq, Syeikh Ahmad Dedat,ustaz syamsyul Nababan,ustaz Kamarudin abdullah (IPSI),Dr. Zakir Naik dan ramai lagi. Mereka berani berdebat dengan pendakyah Kristian. Umat Islam masih memerlukan lebuh ramai pendakwah hebat dalam usaha mematahkan serangan kufar yang semakin dasyat. Bangunlah wahai umat Islam. Kita sedang di himpit dari barbagai sudut.

DAKWAH TERAS KEJAYAAN UMMAH

Read More

Dakwah kepada non Muslim


Pekan Rabu adalah antara destinasi lepak yang cukup popular di kawasan Kuah. dalam program kami malam tadi kami sempat berdakwah kepada bukan Islam. Remaja ini berasal dari Limbang , Sarawak. "Saya orang Iban dan beragama Kristian." katanya bila di tanya adakah dia beragama Islam. sebaik sahaja dia memperkenalkan diri berbangsa Iban saya tanpa membuang masa dan terus mendekati beliau dengan lebih dekat lagi. Saya terus bercakap bahasa Iban dengan beliau kerana saya juga berbangsa Iban. Saya dan ustaz Deddy menceritakan sedikit sebanyak tentang keindahan Islam.dalam masa yang sama saya menghulurkan buku yang di bekalkan oleh ustaz Kamarudin Abdullah daripada IPSI. Buku tersebut menceritakan tentang perbezaan antara islam dan Kristian dan apakah Jesus itu Tuhan. saya juga menceritakan konsep Tuhan bapa, Tuhan anak dan rohol Kudus yang menjadi pegangan penganut agama Kristian. Saya mendapatkan buku ini dar ustaz kamarudin kerana kami juga kerap kali berjumpa dengan orang bukan Islam semasa aktiviti kami.
Read More

Dataran Lang dan pekan rabu

Kalau tak silap dalam bulan November tahun lepas cadangan saya kepada PBT melalui Harian Sinar telah di siarkan yang bertajuk" cadangan papan tanda larangan meminum arak di letakkan di tempat awam". Nampaknya cadangan manusia kerdil seperti kami tiada nilai kepada pemerintah. Nampaknya cadangan ini hanya akan berkesan melalui peti undi. Tempat ini terus di jadikan tempat lepak dan minum arak. Apakah perkara sekecil ini pun PBT tak mampu nak buat. Atau pun mereka hanya memekakkan telinga, atau pun mereka menganggap minum arak itu sebagai benda biasa.

Kebanyakan remaja hari ini sudah tak kisah dan tak merasa malu dengan apa yang mereka lakukan sekali pun merekaberada di kelompok pak lebai.Inilah masalah umat Islam hari ini yang mengkesampingkan elemen tegur - menegur.Anak muda hancur dan masyarakat porak peranda. Cuba bayangkan betapa ramai anak-anak kita yang langsung tidak kenal erti kehidupan. Tiada langsung usaha kerajaan dalam menangani gejala yang memesongkan anak muda.

















Read More

Jadikan masjid tempat maklumat Islam

Pengenalan dunia tanpa sempadan sepatutnya di manfaatkan sepenuhnya oleh umat islam untuk memberi kefahaman tentang Islam kepada pelancong bukan beragama Islam. Pelancong yang datang ke malaysia sering datang ke masjid. Alangkah ruginya kerana kita tidak pernah memikirkan bagaimana cara mempromosikan Islam. Kebanyakan Imam tidak pernah mengambil inisiatif bagaimana institusi masjid di jadikan wadah mempromosikan Islam. Saya sering terserempak dengan pelancong yang memasuki masjid dan mengambil gambar. Mereka seolah ingin mengetahui apakah itu Islam. Di Langkawi contohnya bagaimana pelancong sering memasuki persekitaran masjid tetapi tiada manfaat yang mereka dapat hasil dari kunjungan mereka ke masjid. Yang paling malang ialah ada sesetengah masjid yang usang dan tidak di tadbir dengan baik.

Salah satu cara untuk memberikan kefahaman Islam kepada para pelancong ialah dengan cara membuat sign board di pintu masuk masjid. Dalam sign board tersebut secara ringkasnya di terjemahkan apakah itu Islam. Di kawasan sign board tersebut hendaklah ada ruang tambahan dan di sediakan buku tentang Islam dalam bahasa inggeris.Ruang yang ada hendaklah senantiasa di ikuti dari masa ke semasa agar kita tidak sentiasa berada di barisan hadapan dalam perkembangan Islam.






Read More

IRON MAN LANGKAWI HALAL ATAU HARAM







Semenjak seminggu yang lepas Langkawi telah di menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa. IRON MAN itulah nama yang tidak asing bagi penduduk Langkawi. Masakan tak faham apa itu IRON MAN. Di waktu ini orang langkawi menjadi perhatian antarabangsa. IRON MAN juga adalah salah satu cara mempromosi Langkawi. Di masa ini jualah para peniaga mendapat lava yang cukup banyak. Apa tidaknya, di mana-mana sahaja tempat di penuhi manusia. Langkawi boleh, Malaysia boleh! Bila ada acara seperti ini, saya sering teringat akan kata-kata bekas sahabat saya yang berbuyi " Kalau semua nak ikut Islam bila nak maju" Saya juga terfikir, apakah kalau nak maju mesti menggadai prinsip cara hidup Islam. Saya tengah menunggu kalau-kalau ada mana-mana mufti yang berani mengeluarkan fatwa yang mengatakan IRON MAN adalah haram. Adakah halal kita mencari rezeki dengan berlari merata tempat dengan berpakaian separuh bogel. Acara bermula sebelum subuh dan tamat pula dalam lingkungan pukul satu pagi. Terlalu rindu rasanya bila kita akan mendengar dari mulut Perdana Menteri yang mengatakan memakai seluar pendek adalah haram. Jika cara mereka mencari rezeki adalah cara yang haram, adakah hasil yang bersumberkan yang haram akan menjadi halal. Kalaulah ada mufti yang berani mengeluarkan fatwa haram ke atas aktiviti IRON MAN, adakah kerajaan akan membenarkan atau melaksanakan apa yang mufti katakan. Kalau kerajaan tak mahu ambil tahu tentang fatwa yang di keluarkan adakah wajar mereka yang berilmu tinggi terus menduduki jawatan tersebut. Kalau begitu untuk apa mereka duduk di situ? Mereka hanya di jadikan aksesori kerajaan. Maulidur rasul di sambut pada 26hb. februari dan selepas itu di susuli dengan larian separuh bogel IRON MAN Langkawi. Bagi saya kes IRON MAN samalah seperti seseorang yang mahu membantu orang susah dengan cara merompak atau dalam istilah " matlamat menghalalkan cara ".

Saya masih teringat akan penolakan oleh Imam Nawawi apabila di tawarkan jawatan Mufti oleh kerajaan. Agaknya beliau tak sanggup di jadikan aksesori. Memangku jawatan mufti tetapi nasihat di letak ke tepi. IRON MAN lebih teruk jika di bandingkan dengan JOM HEBOH. Dalam JOM HEBOH orang tak berpakaian separuh bogel tetapi hanya berhibur yang tak tentu hala. Umat Islam yang mengikuti acara tersebut sudah pasti tak sembahyang dan paling tidak bersubahat mempertontonkan aurat di khlayak ramai. Agaknya inilah cara sesetengah pihak mempertahankan Islam. Di waktu ini jugalah Langkawi sudah pasti bermandikan arak.


Pandangan saya ini bukanlah bertujuan menyinggung mana-mana mufti yang di kasihi tetapi sekadar pandangan. Harap-harap tiada mana-mana pihak yang tersinggung tetapi sama-sama berfikir ke arah menjunjung hukum Allah.Islam bukan hanya untuk di perkata tetapi ISLAM ADALAH CARA HIDUP.




Read More

Pengalaman dalam melaksanakan penguat kuasaan EKJS




Malam tadi buat pertama kalinya saya dan rakan-rakan dalam LANDAS mengikuti tugas penguatkuasaan jabatan agama ke atas peminum arak.Agak seronok selain dapat melaksanakan perintah Allah. Saya sedikit merasa terkejut apabila ada di kalangan muslimat jabatan agama yang turut serta dalam program tersebut.Bagi saya ada sedikit penambah baikan yang perlu ada pada setiap individu penguatkuasa.

Penguatkuasa di rasakan perlu di berikan ilmu dakwah selain ilmu penguatkuasaan. Ini perlu kerana penguatkuasa bukan hanya bertujuan menangkap, mereka juga perlu memberi kefahaman islam kepada mereka yang di tangkap. Menangkap mereka yang minum arak tidak mendatangkan penyelesaian kerana mereka masih tidak faham akan larangan syarak. selepas di denda atau di lepaskan mereka akan mengulangi perkara yang sama. penguatkuasa hendaklah di bekalkan risalah Islam.

Read More

Pengalaman bersembang dengan seorang Bounxer

Sementara penguatkuasa agama menjalankan kerja mereka, saya dan ustaz Deddy mengambil kesempatan mengedar risalah tentang bahana arak dan harga diri seorang mereka. Kami berdua berjaya mengedar banyak risalah dan berharap ia dapat memberi sedikit input kepada mereka yang sempat menerima buah tangan dari kami. Tiba-tiba ustaz Deddy mencuit bahu saya dan mengajak saya bersemuka dan mendampingi seorang bounxer yang duduk di sudut ruang disko tersebut. Agaknya dia takut dengan kehadiran kami yang agak ramai.Dengan badan yang tegap dan misai yang lebat amatlah sesuai jika dia di panggil dengan nama Bounxer. Mungkin nama tersebut adalah merupakan satu kebanggaan kepada mereka.Beliau dapat menerima segala luahan hati kami.Apabila di tanya mengapa dia memilih kerja sebagai seorang bounxer beliau menjawab bahawa hanya kerja itu sahaja yang dapat beliau lakukan."Saya tidak mempunyai kelayakan untuk mendapatkan kerja yang baik kerana tidak mempunyai sijil" itu kata-kata yang dapat kami cungkil dari mulut beliau.Kali kedua kami memasuki disko ini mendapat tentangan dari beliau dan tidak membenarkan kami masuk. tetapi kedatangan kami kali ini agak berlainan. Beliau sedia mendengar pandangan dan nasihat kami. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada hamba ini.

Read More

Sun Bar

Remaja beach boy ini tidak mahu ketinggalan memeriahkan pantai tengah

Seperti biasa aktivis LANDAS dengan caranya iaitu menyampaikan dakwah di samping membantu penguatkuasaan.Ustaz deddy berbual mesra tanpa memarahi anak muda yang berasal dari Kelantan. Mereka mendengar dengan tekun akan setiap ayat yang keluar dari mulut ustaz Deddy






Read More

LANDAS Langkawi turut serta dalam operasi arak di Langkawi

Langkawi: Selasa,malam 23hb, LANDAS Langkawi bersama penguatkuasa Jabatan Agama telah membuat operasi alkohol di Langkawi. Turut serta pada malam itu ialah Tn. Sheikh Suhaimi iaitu Ketua penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan hal Ehwal Jabatan agama Islam Negeri Kedah dan juga YG. Bhg. Kadi daerah Langkawi. Operasi pada malam itu turut di bantu oleh AADK Derah Langkawi. Operasi kami pada malam tadi tertumpu di 2 kawasan iaitu kawasan Nagoya ( Hadyai langkawi )dan disko Aseanea. saya merasa bahang sebaik sahaja kami menaiki hotel berkenaan. Alangkah berkesannya kalau operasi seumpama ini kerap kali di lakukan. Kalaulah operasi ini dapat di lakukan seminggu 2x saya yakin 90% pusat hiburan di Langkawi akan tutup. Ini kerana kesemua pusat hiburan di miliki oleh orang bukan Islam. Kalaulah kehadiran orang Islam ke pusat hiburan dapat di bendung maka saya optimis Langkawi akan menjadi " Langkawi yang sejahtera".



Read More

LANDAS Langkawi di jemput menghadiri kursus Penguatkuasaan alkohol


Langkawi.22hb,feb.2010 LANDAS Langkawi telah di jemput oleh Jabatan Agama Langkawi untuk menghadir kursus berkenaan ujian alkohol di hotel grand Contenantle, Pokok Asam. Di fahamkan kursus seumpama ini adalah pertama kali di adakan yang melibatkan AADK , Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan. Kehadiran peserta seramai lebih kurang 50 orang yang turut di hadiri oleh Syeikh Suhaimi selaku Ketua Penolong Pendakwaan Jabatan Agama Negeri Kedah, dan Tn. Syeikh Abd. Ghani b hj. Othman selaku ketua Pendakwa Syarie negeri Kedah.Peserta yang hadir di katakan dari dari seluruh daerah Kedah.Ini adalah langkah awal ke arah penguatkuasaan yang lebih agresif. Tuan Kadi daerah Langkawi telah memohon kepada kerajaan negeri agar dapat membantu penguatkuasa Langkawi untuk membuat operasi sekurang-kurangnya 2 bulan sekali. Bagi daerah Langkawi sendiri kami akan mengadakan operasi sekerap mungkin dalam usaha mengurangkan gejala maksiat semaksima mungkin. Majlis penutupan program di rasmikan oleh Syeikh Fakrullah selaku penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.Terimakasih kepada Tuan Kadi Langkawi kerana keperihatinan beliau di atas pandangan yang kami lemparkan selama ini







Read More

LANDAS dalam Harian Sinar 24hb. Feb. 2010

LANDAS Langkawi dakwa pusat hiburan cabar perundangan PBT. Pusat hiburan masih beroperasi sehingga pukul 4 pagi dan juga beroperasi pada malam Jumaat. Sejak akhir2 ini wujud perlumbaan pengusaha pusat hiburan dan rumah urut beroperasi tanpa mematuhi undang-undang yang telah di tetapkan oleh PBT. Hal ini berlaku barangkali kerana mereka tidak pernah di ambil tindakan sekali pun terang-terangan melanggar undang-undang.Barangkali peniaga Melayu yang menggunakan kios kecil di tepi jalan yang tidak boleh beroperasi tetapi tidak mengapa kalau pengusaha pusat hiburan berbuat demikian. Ini adalah salah satu masalah yang menjadi rungutan orang ramai khususnya peniaga melayu. Mereka hanya mampu menggunakan kios kecil buatan sendiri.


Read More

Pantai Cenang dan valentine Day


Pantai Cenang dan valentine Day

‘Valentine Day’ tidak disia-siakan oleh remaja. Langkawi dipenuhi oleh pelancong samada dari dalam atau luar negara. Cuti tahun baru Cina adalah salah satu sebab yang membolehkan Langkawi sekali lagi menjadi tumpuan. Kami mempergiatkan aktiviti mengedar risalah dan dakwah lapangan. Kawasan yang menjadi tumpuan sudah pasti kawasan Kuah dan Pantai Cenang. Keadaan memang amat gawat dengan gelagat pasangan yang menjadikan Langkawi sebagai tempat mereka memadu kasih. Tumpuan kami pada malam ‘Valentine Day’, sudah pasti di Pantai Cenang kerana ia adalah pantai yang disinonimkan dengan berbagai sambutan.

Kami memohon kepada kerajaan negeri supaya mengambil berat akan keadaan yang berlaku di sesetengah kawasan di Langkawi. Jangnlah mengorbankan Langkawi hanya kerana ia sebagai pusat pelancongan dan penyumbang ekonomi terbesar kepada kerajaan negeri. Sehingga ke hari ini, kerajaan negeri langsung tidak mengendahkan apa yang kami adukan .Aduan kami adalah mewakili penduduk Langkawi. Kemana sahaja kami pergi kami akan menerima aduan dari penghuni kawasan tersebut. Mereka mengatakan bahawa keadaan sosial di Langkawi menjadi semakin celaru di bawah penerintahan PR.

Apabila rungutan ini keluar dari mulut mereka saya hanya mampu berkata "sabar kerajaan negeri sedang berusaha memperbaiki keadaan yang rosak setelah ditadbir oleh mereka yang menjadikan wang sebagai tuhan mereka.” Alasan ini tidak boleh di gunakan untuk selama-lamanya. Pemerintah di negara ini gagal memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam tentang tatacara hormat-menghormati di kalangan masyarakat majmuk. Sepatutnya mereka mengadakan lebih banyak dialog dengan masyarakat bukan Islam atau menggunakan bangsa mereka sendiri yang telah memeluk Islam dalam usaha mendampingi mereka.

Dalam situasi inilah dakwah dalam politik diperlukan. Sudah pasti mereka mahu mendengar dan melihat keindahan Islam. Apabila usaha memahamkan mereka kepada Islam gagal dilakukan maka jadilah orang melayu Islam sebagai orang yang makan hati. Apakah kerajaan negeri tidak merasakan bahawa arak adalah ancaman utama kepada penduduk Langkawi. Kalau rokok boleh dinaikan harga hingga ke paras RM6.00 lebih mengapa arak tidak boleh? Adakah kerana arak penyumbang ekonomi terbesar kerajaan negeri? Jasa mana-mana kerajaan yang tak akan kami lupakan ialah bila mana mereka dapat mengelakkan penduduk Langkawi dari ketagih arak.






Read More

ASIA TENGGARA DI BANJIRI PENDAKYAH KRISTIAN

LANGKAWI - Pagi tadi 8.30 pagi, Jumaat, 19hb Februari 2010 saya dan rakan-rakan LANDAS Langkawi menghadiri ceramah Ustaz Kamarudin Abdullah di Komplek Lada, Langkawi. Beliau adalah Presiden IPSI (Islam Propagation Socity International ). Seperti biasa saya tidak akan melepaskan peluang menghadiri aktiviti ceramah jika saya mengetahui bahawa penceramah tersebut bergiat aktif dalam kerja-kerja dakwah.

Dewan yang tak seberapa besar itu dipenuhi oleh orang ramai kerana mahu mendengar ceramah seorang bekas paderi Kristian. Penyampaian beliau begitu baik sekali dan orang ramai tidak berganjak walau pun beliau berceramah selama dua setengah jam. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ADUN Ayer Hangat dari UMNO YB Rawi Ahmad.

Apa yang menarik perhatian saya ialah pendedahan beliau tentang bakal kehadiran 110,000 pendakyah Kristian dari Korea Selatan ke Asia Tenggara. Indonesia katanya telah melahirkan seramai 25000 pendakyah Kristian dari kalangan penduduk tempatan. Indonesia yang suatu ketika dulu hanya terdapat 3 juta penganut Kristian, tetapi hari ini telah mencecah 25 juta orang. Mereka telah berjaya mengkristiankan dunia dan malaysia bagaimana?

Memang tepat tanggapan saya bahawa isu kalimah Allah adalah bertujuan dakyah bagi memudahkan kerja mereka memurtadkan orang Melayu Islam di Malaysia. Mengapa mereka beria-ia sangat, mahu menggunakan kalimah Allah sedangkan di dalam kitab Injil yang ada pada mereka sendiri tidak pernah ada kalimah tersebut. Tak syak lagi bahawa Malaysia adalah tumpuan utama pendakyah Kristian. Siang malam mereka berfikir bagaimana cara untuk memesongkan akidah orang Islam.

Apakah persediaan orang Islam di Malaysia dalam menghadapi ancaman pendakyah ini. Sasarannya sudah pasti mereka yang cetek pengetahuan agama dan memburu dunia. Pendakyah Kristian dibekalkan dengan ilmu dan wang ringgit yang cukup. Seluruh dunia membantu mereka dalam usaha merialisasikan impian mengkristiankan dunia. NGO Islam pula terpaksa mencari perbelanjaan sendiri. Orang Islam yang kaya pula tidak berminat menawarkan hartanya untuk membantu perkembangan Islam. Harta mereka hanyalah untuk mereka. Yang paling malang sekali ialah apabila orang Islam melaburkan wang ringgit pada orang bukan Islam.

Dengan terdedahnya perancangan yang rapi ini maka sekali lagi saya mengajak teman-teman di luar sana agar segera bangun dari lamunan untuk sama-sama terjun ke tengah masyarakat menyampaikan risalah dakwah. Jangan tunggu lagi kerana umat Islam sedang dilanda krisis kealfaan dengan nikmat dunia. Jangan kita berbangga walaupun telah berjaya mendidik ahli keluarga menjadi umat yang patuh pada perintah Allah. Mereka juga terdedah kepada dakyah Kristian. Aisha Bukhari sebagai contoh yang berjaya dimurtadkan walau pun dia anak seorang imam. Beliau telah kecundang dengan dakyah yang datang kepadanya.

Meskipun kita tak mampu berdakwah pada orang bukan Islam tetapi sekurang-kurangnya kita mengambil bahagian dalam kerja dakwah kepada sesama umat Islam. Kerja dakwah bukan kerja part time atau kerja pilihan, tanggungjawab sebagai pendakwah kerja “full time” dan semua orang patut mewajibkan diri dalam kegiatan tersebut.

Saya belum pernah mendapat maklumat tentang angka apakah Malaysia berjaya melahirkan pendakwah? Orang kita tidak sanggup meluangkan masa dan berenggang dengan anak isteri atas nama sebagai seorang pendakwah. Jika keadaan ini terus berlaku jangan terkejut Malaysia juga akan menjadi Indonesia yang kedua di mana anak orang Melayu bebas menganut agama mana yang mereka suka.

Oleh itu sekali lagi saya mengajak agar kita bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga agama Allah dan menyebarkannya. Para sahabat contohnya berlumba-lumba berada di saf hadapan dalam usaha mengembangkan Islam. Saiyidina Abu Bakar telah membelanjakan seluruh hartanya untuk Islam. Apabila ditanya apakah ada lagi harta yang tinggal untuk dirinya, beliau menjawab "cukuplah Allah dan Rasul untuk saya". Sikap tabligh Nabi SAW adalah contoh terbaik kepada kita bahawa setiap orang Islam mesti mempunyai hati yang sama dengan beliau.

Oleh,
LANDAS Langkawi
Read More

Aktivis Langkawi edar risalah Valentine Day dan Arak di jeti Point dan Dataran Lang


Remaja lelaki ini datang dari Kuala sala ke Langkawi mungkin tak mahu ketinggalan meraikan apa yang di namakan Hari Kekasih. Kami berbual dengan mereka selama lebih kurang 20 minit. walau pun agak terkejut pada mulanya namun mereka berterima kasih di atas nasihat yang kami berikan.Semoga inilah kali yang terakhir mereka malakukan apa yang mereka sendiri tidak tahu.


Read More

Suasana di Pekan Rabu, Langkawi.

Saya dengan penuh khusyuk mendengar masalah yang di luahkan oleh 2 orang remaja ini. Remaja ini bersama sepasang suami isteri sedang meneguk carlbeg semasa kami menghampiri mereka. Pekan Rabu pada malam tersebut di penuhi orang ramai kerana kebetulan pada malam Sabtu.kawasan ini menjadi tumpuan kerana ia di jadikan tempat pertandingan sound audio.Lemahnya iman mereka yang berada di situ kerana tak mampu menegur remaja yang sedang minum arak.Kami dapati kawasan tersebut di penuhi dengan tin-tin arak." Kedah sejahtera nikmat untuk semua "
Read More

LANDAS Langkawi lipat gandakan program turun padang.



Sepasang suami isteri yang minum arak di Pekan Rabu Langkawi atas alasan masalah anak patah kaki kerana anak jatuh buaian.Suami isteri ini berasal dari Trengganu bersama dua orang remaja berumur 19 tahun yang berasal dari Tanah Merah ,Kelantan. Mereka minum sebanyak dua tin seorang. Beginilah jadinya apabiala gagal menjadi suami yang baik sanggup mengajak isteri bersama-sama minum arak.
Read More

Landas Langkawi Turun Padang Edar Risalah Valentine Day





LANGKAWI - Tarikh 14 Februari setiap tahun adalah tahun yang paling diingati oleh kabanyakan anak-anak muda. ‘Valentine Day’ nama yang begitu sinonim di hati manusia yang tidak mengetahui apa maksud yang tersirat di atas nama tersebut. Mereka secara membabi buta mengikut apa sahaja yang disajikan kepada mereka. Asal sahaja datang benda baru mereka akan beramal dengannya tanpa usul periksa. Kosong didada kerana tak peduli akan agama membuatkan mereka terumbang ambing tanpa tahu haluan dan dari manakah mereka datang menyebabkan mereka mudah jatuh di pukul ombak.


Ombak akhir zaman terlalu ganas sehinggakan amat payah mencari perlindungan kecuali menyaluti diri dengan iman dan taqwa kepada Allah. Hanya iman yang mampu mengelakkan tubuh dari disaluti debu-debu yang sentiasa mencari mangsa. Atas dasar inilah kami mengambil inisiatif mencetak dan mengedar risalah tentang sejarah ‘Valentine Day’ bagi memberi kefahaman agar mereka tidak terjebak ke lembah dosa. Kami menyajikan kepada mereka tentang sejarah ‘Valentine Day’. Kami mengedar sebanyak 500 naskah hanya dalam masa sejam. Mesej telah kami sampaikan.
Read More

Apa untungnya orang melayu bersatu dalam Islam?

Pandangan ini bersandarkan pengalaman kami di lapangan.Saya merasakan amat perlunya parti politik melayu bersatu dalam usaha mendaulatkan Islam.Kepayahan PBT melaksanakan tugas dalam penguatkuasaan contohnya tidak akan dapat di lakukan kerana terlalu menjaga hati kerana takut pengundi bukan Islam lari.Samada PAS atau UMNO kedua-duanya menghadapi masalah yang sama.Walau bagaimana pun masalah ini adalah ciptaan bekas pemimpin yang telah memerintah selama 22 tahun. Dia sanggup melevelkan Islam dengan berbagai jenama yang menakutkan orang bukan Islam hanya kerana mahu terus memerintah.Persempadanan semula kawasan pilihan raya contohnya di mana orang ini telah menjadikan orang bukan Islam sebagai penentu kemenangan.Keadaan ini mahu tak mahu akan menyebabkan wakil rakyat Islam terpaksa mengikut kehendak mereka yang mengundi sekalipun ianya bertentangan dengan asas yang mereka bawa.Jika keadaan ini terus berlaku percayalah Islam lah yang akan di pinggirkan.Di Selangor dengan rampasan arak dan di Kedah( Langkawi ) pula dengan pusat hiburannya.Gejala manusia tak patuh undang-undang berleluasa kerana demi menjaga hati takut-takut merajuk.Apabila politik di terjemahkan begini maka masyarakat menganggap siapa sahaja yang memerintah adalah sama.Di Langkawi saya dapat rasakan apa yang saya maksudkan di ruangan ini.PBT langsung tidak bermaya dalam menangani pusat hiburan yang beroperasi sehingga ke pukul 4 pagi. Apa yang kami usahakan di anggap oleh sesetengah pihak sebagai kacau daun.Mereka yang dahulunya menjadi kawan kini bermasam muka kerana mengaggap usaha kami memburukkan nama mereka.Bagi kami sesiapa pun yang memegang tapuk pemerintahan cara kami adalah konsisten iaitu membantu. Membantu tak semestinya hanya memuji. Kami tak mahu menjadi mereka yang hanya mengkritik tetapi dalam masa yang sama memberikan pandangan.Ada di antara sahabat saya yang dahulunya hanya mengkritik tetapi setelah dapat kuasa kerjanya hanya mengeluh tanpa mahu berbuat apa-apa untuk memperbaiki apa yang di kritiknya suatu masa dahulu.Inilah akibatnya apabila mendahulukan politik.Mereka bercakap tentang negara Islam setiap masa tetapi apakah usaha mereka untuk mendaulatkan Islam? Yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang.Nasi pun kalau tak di suap takkan sampai ke mulut.Kepada sahabat saya yang berada di luar sana di sini sekali lagi saya menjemput saudara sekalian untuk bersama kami menerokai uslub dakwah baru dalam usaha merialisasikan umat yang cintakan Islam. Kita terjun ke tengah masyarakat. Biar kita menyampaikan risalah Islam kepada mereka. Kita tidak akan dapat melihat bentuk Islam yang syumul sekiranya kita hanya mengharapkan masyarakat datang ke masjid untuk mencari Islam.
Read More
Aktivis LANDAS tanpa merasa jemu terus mengedar risalah dan mengingatkan umat Islam tentang penglibatan mereka di dalam perniagaan arak
Read More

LANDAS Langkawi turun lagi ke lapangan

Kami memasuki karaoke jeti Point untuk mendapatkan maklumat tentang operasi karaoke tersebut. Pekerja di kounter mengatakan yang operasi karaoke tersebut tidak pernah berehat sekalipun malam Jumaat. Amatlah bertentangan dengan kenyataan exco yang mengatakan bahawa karaoke tidak di benarkan beroperasi pada malam Jumaat. Begitu lemahnya penguat kuasaan PBT Langkawi.Undang-undang hanya di gunakan kepada peniaga yang menggunakan kaki lima sebagai tempat meletak barang khususnya peniaga Melayu.
Read More