Landas Langkawi Turun Padang Edar Risalah Valentine Day
LANGKAWI - Tarikh 14 Februari setiap tahun adalah tahun yang paling diingati oleh kabanyakan anak-anak muda. ‘Valentine Day’ nama yang begitu sinonim di hati manusia yang tidak mengetahui apa maksud yang tersirat di atas nama tersebut. Mereka secara membabi buta mengikut apa sahaja yang disajikan kepada mereka. Asal sahaja datang benda baru mereka akan beramal dengannya tanpa usul periksa. Kosong didada kerana tak peduli akan agama membuatkan mereka terumbang ambing tanpa tahu haluan dan dari manakah mereka datang menyebabkan mereka mudah jatuh di pukul ombak.
Ombak akhir zaman terlalu ganas sehinggakan amat payah mencari perlindungan kecuali menyaluti diri dengan iman dan taqwa kepada Allah. Hanya iman yang mampu mengelakkan tubuh dari disaluti debu-debu yang sentiasa mencari mangsa. Atas dasar inilah kami mengambil inisiatif mencetak dan mengedar risalah tentang sejarah ‘Valentine Day’ bagi memberi kefahaman agar mereka tidak terjebak ke lembah dosa. Kami menyajikan kepada mereka tentang sejarah ‘Valentine Day’. Kami mengedar sebanyak 500 naskah hanya dalam masa sejam. Mesej telah kami sampaikan.
0 comments:
Catat Ulasan