Rombakan EXCO antara harapan dan kebimbangan
Rombakan exco adalah perkara biasa kepada mana -mana kerajaan negeri.YAB ustaz Azizan bertindak bijak kerana memberi tempoh dua tahun kepada mana-mana exco yang di lantik untuk menunjukkan kebolehan masing-masing.Dengan ini izinkan kami sebagai rakyat untuk memberikan sedikit harapan kepada exco yang bakal di lantik.Saya mewakili teman-teman di dalam LANDAS mmeberikan harapan yang tinggi kepada mana-mana exco yang di lantik menerajui exco agama.Dua tahun PR yang di pimpin oleh PAS menerajui negeri Kedah.Kami mengharapkan exco agama yang di lantik nanti adalah di kalangan exco yang bertenaga.Kami amat ternanti-nanti seorang exco yang pick up nya laju bukan sekadar mengikut dari belakang.Menjadi exco agama bukan semestinya dari kalangan ustaz.Semua orang hendaklah beramal seperti mana seorang ustaz kerana bukan ustaz juga tak terkecuali dari dosa dan pahala.
Di Jabatan Agaman contohnya banyak reformasi yang perlu di lakukan.Antaranya ialah yang melibatkan penguat kuasaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (EKJS).Sebelum UMNO mewariskan pemerintahannya kepada PAS, mereka telah meminda pemberian kad Kuasa pencegah maksiat hanya kepada kakitangan tetap. Alasannya ialah kerana ada unsur penyalah gunaan kuasa. Mereka yang di dapati meyalah guna kad kuasa tidak boleh di dakwa hanya kerana mereka bukan penjawat awam.Apakah alasan ini boleh di terima?
Adakah masalah sebesar ini tidak boleh di cari jalan penyelesaian oleh barisan peguam yang ada di jabatan Agama.Bagaimana nak membicarakan pasal hudud kalau setakat kad kuasa pun tidak mampu di fikirkan.
0 comments:
Catat Ulasan