10 Mac 2010

Tahniah Pejabat Agama Daerah kulim (PADK)



Kegigihan PADK dalam membenteras gejala yang semakin berleuasa patut di contohi oleh pejabat agama lain samada di negeri Kedah atau di negeri lain.Mereka sepatutnya membuat kerja penguat kuasaan siang dan malam. Di Langkawi contohnya, kerja penguat kuasaan hanya di buat pada waktu malam. Maksiat tidak mengira gelap atau terang.Jika kesungguhan PADK di laksanakan di seluruh negeri, saya yakin gejala tidak sopan dan tak malu akan terpadam dengan sendirinya.Mereka berani melakukan maksiat secara terang-terangan kerana tiada siapa yang mengganggu mereka. Mereka merasa selamat dan seronok kerana seolah-olah mereka tidak bersalah.

Mereka yang menduduki kerusi teratas di Jabatan Agama di sarankan mendidik kakitangan mereka agar melihat perkara maksiat sebagai satu ancaman kepada syariat Allah.Jangan ada yang bersikap dan beranggapan bahawa mereka hanya makan gaji.Kakunya kebanyakan pegawai masjid kerana aspek kesedaran dan pertanggung jawaban tidak di tanam.Hatta maksiat di tepi rumah sendiri pun tidak mampu di bendung.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

duk aibkan org je kat sini sana...tak tau la ikut sape..nak kata nabi buat takde la plak...org nasihat baik2..bkn terus cekup je...tak pasal2 kene byr beribu2 n penjara...duit ribu2 tuh simpan wat repair bangunan PADK...org bergadai nak settlekan denda...ni la muslim MELAYU zaman sekarang...

Sabtu, 21 Ogos, 2010

Catat Ulasan