WUJUDKAN SEKOLAH AGAMA KHAS UNTUK MELATIH PENDAKWAH HEBAT
Agama lain seperti Kristian dan Yahudi telah berjaya melahirkan mubaligh mereka. Mereka menubuhkan institusi khas untuk melahirkan mubaligh yang sanggup berkhidmat di mana sahaja.Di fahamkan Kristian telah melahirkan 85000 mubaligh di seluruh dunia. Tak hairanlah mereka mampu bertapak di mana-mana. Mereka bergiat aktif dan di bekalkan dengan wang lebih dari mencukupi untuk mencapai misi mengkristiankan dunia. Mereka bergabung dan menubuhkan dana demi menjayakan misi mereka.Mereka membuat perancangan yang rapi dan berbagai strategi agar setiap gerak kerja mendatang hasil yang maksimum.Umat Islam bagaimana? Negara Islam masih belum mampu melahirkan pendakwah yang sanggup merantau ke pelosok dunia. Kita juga perlu menubuhkan sekolah agama khas dalam usaha melahir kader-kader pendakwah yang hebat. Negara islam menjadi lubuk wang tapi sayang wang tersebut di curahkan ke negara yang secara terang-terangan memusuhi umat Islam. Wang dan dunia menjadi kiblat mereka. Pendakwah Islam hanyalah dari kalangan individu dan pertubuhan kecil. Kegiatan mereka hanyalah melalui sumbangan sesetengah individu dan ehsan. Pendakwah Islam tidak mampu memfokuskan kerja dakwah kerana terpaksa mencari wang untuk membiyayai kerja dakwah mereka. Malaysia memiliki Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Saya kurang pasti apakah fungsi institusi yang di gelar "YAYASAN DAKWAH". Pemimpin agama seharusnya sedar dan sepatutnya mereka memikirkan kerja dakwah dari dulu lagi. Mereka seharusnya membuka mata seluas-luasnya tentang fungsi institusi khas yang di wujudkan oleh Kristian seluruh dunia.
Malaysia memiliki banyak sekolah agama. Bayngkan berapa ramai pendakwah yang mampu di lahirkan jika semua sekolah agama mempunyai kesedaran betapa pentingnya kerja dakwah. Hanya hati yang di tanamkan sifat dakwah sahaja yang mampu bergerak ke tengah masyarakat. Kerja dakwah tak akan dapat di realisasikan jika tidak di asah dari awal. Rasulullah berjaya mentarbiah para sahabat dan menyerapkan elemen dakwah di hati para sahabat baginda. Mereka sedia di hantar walau ke pelusuk mana dalam misi menyampaikan Islam. Umat Melayu khususnya adalah hasil sumbangan kegigihan para sahabat dalam kerja dakwah mereka. Elemen dakwah telah di tinggalkan dan telah di ambil alih oleh mereka yang memusuhi islam. Walau pun agak terlambat kita masih ada masa untuk melahirkan pendakwah yang hebat, sehebat Syeikh Habib Riziq, Syeikh Ahmad Dedat,ustaz syamsyul Nababan,ustaz Kamarudin abdullah (IPSI),Dr. Zakir Naik dan ramai lagi. Mereka berani berdebat dengan pendakyah Kristian. Umat Islam masih memerlukan lebuh ramai pendakwah hebat dalam usaha mematahkan serangan kufar yang semakin dasyat. Bangunlah wahai umat Islam. Kita sedang di himpit dari barbagai sudut.
DAKWAH TERAS KEJAYAAN UMMAH
0 comments:
Catat Ulasan