Pelbagaikan kaedah dalam mendidik masyarakat.
Masyarakat islam hari ini hari demi hari semakin jauh dari Islam. Apa yang tidak kena sedangkan kuliah agama setiap malam di seluruh negara mencecah ribuan pengajian.Ustaz,tok guru hinggakan pensyarahnya pun mencecah puluhan ribu orang. Sekolah agama kerajaan,SAR pun mencecah ribuan buah di seluruh negara.Program agama di tv saban hari semakin banyak namun mesyarakat semakin hari semakin jauh dari Islam.Kesemua program ini amatlah baik tetapi tidak mencukupi.Tok-tok guru, ustaz,alim ulama serta menteri agama tentunya telah lama sedar akan fenomena ini.Tetapi apakah cukup hanya sekadar sedar, masalah ini akan selesai.Kerajaan memiliki JAKIM, YADIM, Pusat Zakat dan Jabatan Agama Negeri.Dalam NGO pula kita ada ABIM,TERAS,PERKIM,TABLIGH dan bermacam-macam lagi institusi.Institusi yang di wujudkan untuk menjaga agama cukup banyak.Wang yang di belanjakan saban tahun mencecah ratusan juta namun natijahnya amatlah minimum.Bagi saya yang pernah menjadi jamaah Al Arqam suatu ketika dulu memang merasakan patut apa yang di ungkapkan oleh Ashaari Mohammad." berikan kami peluang mentadbir Pusat Islam setahun sahaja nanti kamu akan lihat hasilnya ". menteri yang menjaga agama ketika itu merasa diri di rendahkan lalu melenting dan hasilnya Al Arqam di haramkan. Memanglah Arqam di haramkan kerana di kesan ada unsur ajaran sesat di dalamnya tetapi saya cukup kagum dengan gerak kerja mereka.Agaknya itulah hasilnya kalau berani berlebihan dalam bercakap dan membuat kerja.Mereka serius dan bergerak siang malam tanpa mengenal penat lelah.Perancangan sahaja tidak mencukupi tanpa di susuli dengan gerak kerja.
Dulu saya terlibat dengan kerja menjual surat khabar Al Arqam. Hasil kesungguhan ahlinya mengedar risalah,kesedaran masyarakat terhadap Islam menunjukan peningkatan yang mendadak.Hari ini penghayatan Islam semakin hari semakin pudar.Cara menyampaikan islam hanyalah melalui cara tradisional.Selain mengedar risalah Islam, mereka yang bergelar pejuang Islam juga dapat membuang majmumah yang berbuku di hati sejak sekian lama.
Cara yang kami pratikkan di dalam Arqam suatu ketika dulu insya Allah akan kami praktikkan semula di dalam LANDAS. Ustaz-ustaz dan tok-tok guru mahu tak mahu mestilah sanggup meluangkan masa dalam menympaikan Islam. Jangan ada ustaz yang berfikiran bahawa kerja dakwah di lapangan bukan kerja mereka.Bersama-samalah kita bermuhasabah kerana Islam adalah kepunyaan kita semua.
Untuk makluman,penulia adalah bekas ahli Al Arqam.Jika ada yang tersinggung,itu bukanlah niat sebenar saya.Manusia yang di cipta Allah masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.Apa yang kurang tolonglah bantu kerana matlamat kami dalam LANDAS adalah mahu Islam memayungi manusia.Jika ada yang baik bersamalah kita berfikir dan seterusnya bertindak.Dalam Islam kita belajar,beramal dan seterusnya di sebarkan.
0 comments:
Catat Ulasan