Dataran Pekan Rabu akan jadi Dataran Ilmu
LANDAS Langkawi bercadang menjadikan dataran pekan Rabu sebagai tapak permulaan untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat.Usaha sedang di jalankan untuk mendapatkan kebenaran dari pihak LADA dan Majlis Daerah bagi merealisasikan hasrat tersebut. Tempat ini menjadi tumpuan baru pada setiap malam Jumaat dan malam sabtu atau setiap hujung minggu.Aktiviti LANDAS kebannyakannya berlegar di kawasan ini.Ini kerana tempat ini telah di jadikan sebagai tempat dating , minum arak, tempat berkumpul para remaja dan tempat bersantai ahli keluarga.Tempat ini juga telah di jadikan tempat pertandingan bunyi sound apeaker.Sehubungan dengan itu kami memohon sumbangan dari teman-teman yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan seberapa yang termampu nutuk membeli peralan layar LCD yang di anggarkan memerlukan perbelanjaan RM4000. LANDAS Langkawi tidak mempunyai sebarang sumber kewangan dalam menjalankan aktivitinya melainkan memerlukan sumbangan orang ramaia. Antara program yang di cadangkan di kawasan ini nanti ialah tayangan ceramah agama, ceramah agama 2 minggu sekali dan tayangan filem yang boleh mendidik masyarakat. Ini adalah salah satu cara yang di fikirkan berkesan dalam usaha mempelbagaikan menyampaikan ilmu kepada masyarakat.
0 comments:
Catat Ulasan