Jadikan masjid tempat maklumat Islam
Pengenalan dunia tanpa sempadan sepatutnya di manfaatkan sepenuhnya oleh umat islam untuk memberi kefahaman tentang Islam kepada pelancong bukan beragama Islam. Pelancong yang datang ke malaysia sering datang ke masjid. Alangkah ruginya kerana kita tidak pernah memikirkan bagaimana cara mempromosikan Islam. Kebanyakan Imam tidak pernah mengambil inisiatif bagaimana institusi masjid di jadikan wadah mempromosikan Islam. Saya sering terserempak dengan pelancong yang memasuki masjid dan mengambil gambar. Mereka seolah ingin mengetahui apakah itu Islam. Di Langkawi contohnya bagaimana pelancong sering memasuki persekitaran masjid tetapi tiada manfaat yang mereka dapat hasil dari kunjungan mereka ke masjid. Yang paling malang ialah ada sesetengah masjid yang usang dan tidak di tadbir dengan baik.Salah satu cara untuk memberikan kefahaman Islam kepada para pelancong ialah dengan cara membuat sign board di pintu masuk masjid. Dalam sign board tersebut secara ringkasnya di terjemahkan apakah itu Islam. Di kawasan sign board tersebut hendaklah ada ruang tambahan dan di sediakan buku tentang Islam dalam bahasa inggeris.Ruang yang ada hendaklah senantiasa di ikuti dari masa ke semasa agar kita tidak sentiasa berada di barisan hadapan dalam perkembangan Islam.
0 comments:
Catat Ulasan