PUSAT DAKWAH ATAU PUSAT LEPAK
Saya bersama Ustaz Kamarudin sempat singgah di Pusat Dakwah ini dalam perjalanan balik ke Pulau Langkawi. Beliau menghantar saya pulang selepas kami bersama-sama menghadiri mesyuarat MAPIM ( Majlis Perundingan Islam Malaysia di Kuala Lumpur bersama lain2 NGO.Mesyuarat tersebut membincangkan tentang kaedah mendapatkan dana untuk di salurkan kepada rakyat Palestine.Saya menunggu ustaz Kamarudin di Pusat Dakwah sementara menunggu beliau selesai menguruskan akaun bank. Saya di sana selama lebih kurang 30 minit.Sepanjang di sana saya perhatikan nama yang tertulis di sign board depan masjid. selepas itu saya perhatikan juga keadaan sekelilingnya.Bagi saya makna Pusat dakwah telah hanyalah namanya sahaja. Nama yang paling layak bagi bangunan tersebut ialah Pusat Lepak. Bangunan tersebut di jadikan tempat lepak dan menukar pakaian. Apa yang paling memeranjatkan ialah terdapat remaja yang berpasangan parking motor di situ.Berpakaian tak senonoh dan berperangai tidak sopan.Nasib saya tak baik kerana tak dapat mengambil gambar pasangan remaja yang meletakkan motor di situ. Mereka sungguh kurang ajar. Mengapa mereka berperangai demikian? Jawapannya kerana tempat tersebut gagal berfungsi sebagai mana namanya. Orang kita memang terkenal dengan berbagai nama atau slogan.
Ustaz-ustaz yang mengajar kuliah agama di situ barang kali perlu menerangkan kepada mereka yang mengendalikan tempat tersebut apakah makna yang tertera di sign board.Makna Pusat dakwah hanya di fahami dalam kontek ayat tetapi tidak di hayati. Perkataan dakwah saban kali di ajar di masjid atau surau tetapi hanya sekadar menjadi halwa telinga. Tidak ada apa yang dapat di terjemahkan dari makna Pusat Dakwah. Sekurang-kurangnya mereka meletakkan papan tanda tentang aurat wanita atau berpakaian cara Islam, Batasan pergaulan,dan Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah. Aspek mendidik masyarakat ke arah penghayatan Islam secara kaffah amatlah sedikit. Bak kata orang " Jangan tak buat".
"/strong>.
Salah satu foto yang sempat saya rakam di kawasan parking pusat dakwah. Berpakaian ketat dan menjolok mata. Tidak segan silu sekali pun parking di pusat Dakwah yang juga selaku masjid.
0 comments:
Catat Ulasan