21 Februari 2010

Pantai Cenang dan valentine Day


Pantai Cenang dan valentine Day

‘Valentine Day’ tidak disia-siakan oleh remaja. Langkawi dipenuhi oleh pelancong samada dari dalam atau luar negara. Cuti tahun baru Cina adalah salah satu sebab yang membolehkan Langkawi sekali lagi menjadi tumpuan. Kami mempergiatkan aktiviti mengedar risalah dan dakwah lapangan. Kawasan yang menjadi tumpuan sudah pasti kawasan Kuah dan Pantai Cenang. Keadaan memang amat gawat dengan gelagat pasangan yang menjadikan Langkawi sebagai tempat mereka memadu kasih. Tumpuan kami pada malam ‘Valentine Day’, sudah pasti di Pantai Cenang kerana ia adalah pantai yang disinonimkan dengan berbagai sambutan.

Kami memohon kepada kerajaan negeri supaya mengambil berat akan keadaan yang berlaku di sesetengah kawasan di Langkawi. Jangnlah mengorbankan Langkawi hanya kerana ia sebagai pusat pelancongan dan penyumbang ekonomi terbesar kepada kerajaan negeri. Sehingga ke hari ini, kerajaan negeri langsung tidak mengendahkan apa yang kami adukan .Aduan kami adalah mewakili penduduk Langkawi. Kemana sahaja kami pergi kami akan menerima aduan dari penghuni kawasan tersebut. Mereka mengatakan bahawa keadaan sosial di Langkawi menjadi semakin celaru di bawah penerintahan PR.

Apabila rungutan ini keluar dari mulut mereka saya hanya mampu berkata "sabar kerajaan negeri sedang berusaha memperbaiki keadaan yang rosak setelah ditadbir oleh mereka yang menjadikan wang sebagai tuhan mereka.” Alasan ini tidak boleh di gunakan untuk selama-lamanya. Pemerintah di negara ini gagal memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam tentang tatacara hormat-menghormati di kalangan masyarakat majmuk. Sepatutnya mereka mengadakan lebih banyak dialog dengan masyarakat bukan Islam atau menggunakan bangsa mereka sendiri yang telah memeluk Islam dalam usaha mendampingi mereka.

Dalam situasi inilah dakwah dalam politik diperlukan. Sudah pasti mereka mahu mendengar dan melihat keindahan Islam. Apabila usaha memahamkan mereka kepada Islam gagal dilakukan maka jadilah orang melayu Islam sebagai orang yang makan hati. Apakah kerajaan negeri tidak merasakan bahawa arak adalah ancaman utama kepada penduduk Langkawi. Kalau rokok boleh dinaikan harga hingga ke paras RM6.00 lebih mengapa arak tidak boleh? Adakah kerana arak penyumbang ekonomi terbesar kerajaan negeri? Jasa mana-mana kerajaan yang tak akan kami lupakan ialah bila mana mereka dapat mengelakkan penduduk Langkawi dari ketagih arak.






0 comments:

Catat Ulasan