Operasi arak di Langkawi: Jangan hanya sekadar melepas batuk di tangga.
LANDAS Langkawi mengharapkan operasi menangkap mereka yang minum arak di Langkawi di buat secara berterusan. Ini adalah berdasarkan peminum arak di Langkawi yang terlalu ramai. Langkawi yang terkenal dengan jolokan wilayah arak memerlukan penguat kuasaan yang sekerap mungkin. Cuba bayangkan operasi yang di buat pada malam 24hb. februari yang di mana berbelas orang telah di syaki minum arak yang hanya melibatkan 4 premis.Buatlah kerja membenteras dengan bersungguh-sungguh jika mahu melihat Kedah yang sejahtera.Jika Pejabat Agama Langkawi kekuranagan kaki tangan, LANDAS Langkawi bersedia mengerahkan aktivisnya untuk membantu.Di fahamkan Pejabat Agama Langkawi hanya mempunyai dua orang penguat kuasa.Oleh itu saya sekali lagi menyarankan agar kerajaan negeri memberi kembali kad kuasa kepada orang awam jika benar-benar serius mahu membenteras maksiat. Jika tidak ianya hanya lakonan semata-mata. bak kata " jangan tak buat, kalau tak buat nanti orang kata apa ".Di Langkawi kita boleh melihat orang Islam minum arak di mana-mana.Untuk makluman, harga bagi se tin Carlberg atau Tiger ialah RM1.30. Di tanah besar harga se tin ialah RM6.00 lebih. Harga milo ais pula RM1.50. Status Pulau Bebas Cukai Langkawi haya bermanfaat untuk perokok dan pemabuk sedangkan harga lain-lain barang sama sahaja dengan tanah besar. jadi apa huntungnya status bebas cukai kepada penduduk Langkawi melainkan menggalakkan penduduknya mabuk.
0 comments:
Catat Ulasan