Pantai Cenang: Pantai memadu kasih
Pelbagaikan kaedah dalam mendidik masyarakat.
Masyarakat islam hari ini hari demi hari semakin jauh dari Islam. Apa yang tidak kena sedangkan kuliah agama setiap malam di seluruh negara mencecah ribuan pengajian.Ustaz,tok guru hinggakan pensyarahnya pun mencecah puluhan ribu orang. Sekolah agama kerajaan,SAR pun mencecah ribuan buah di seluruh negara.Program agama di tv saban hari semakin banyak namun mesyarakat semakin hari semakin jauh dari Islam.Kesemua program ini amatlah baik tetapi tidak mencukupi.Tok-tok guru, ustaz,alim ulama serta menteri agama tentunya telah lama sedar akan fenomena ini.Tetapi apakah cukup hanya sekadar sedar, masalah ini akan selesai.Kerajaan memiliki JAKIM, YADIM, Pusat Zakat dan Jabatan Agama Negeri.Dalam NGO pula kita ada ABIM,TERAS,PERKIM,TABLIGH dan bermacam-macam lagi institusi.Institusi yang di wujudkan untuk menjaga agama cukup banyak.Wang yang di belanjakan saban tahun mencecah ratusan juta namun natijahnya amatlah minimum.Bagi saya yang pernah menjadi jamaah Al Arqam suatu ketika dulu memang merasakan patut apa yang di ungkapkan oleh Ashaari Mohammad." berikan kami peluang mentadbir Pusat Islam setahun sahaja nanti kamu akan lihat hasilnya ". menteri yang menjaga agama ketika itu merasa diri di rendahkan lalu melenting dan hasilnya Al Arqam di haramkan. Memanglah Arqam di haramkan kerana di kesan ada unsur ajaran sesat di dalamnya tetapi saya cukup kagum dengan gerak kerja mereka.Agaknya itulah hasilnya kalau berani berlebihan dalam bercakap dan membuat kerja.Mereka serius dan bergerak siang malam tanpa mengenal penat lelah.Perancangan sahaja tidak mencukupi tanpa di susuli dengan gerak kerja.
Dulu saya terlibat dengan kerja menjual surat khabar Al Arqam. Hasil kesungguhan ahlinya mengedar risalah,kesedaran masyarakat terhadap Islam menunjukan peningkatan yang mendadak.Hari ini penghayatan Islam semakin hari semakin pudar.Cara menyampaikan islam hanyalah melalui cara tradisional.Selain mengedar risalah Islam, mereka yang bergelar pejuang Islam juga dapat membuang majmumah yang berbuku di hati sejak sekian lama.
Cara yang kami pratikkan di dalam Arqam suatu ketika dulu insya Allah akan kami praktikkan semula di dalam LANDAS. Ustaz-ustaz dan tok-tok guru mahu tak mahu mestilah sanggup meluangkan masa dalam menympaikan Islam. Jangan ada ustaz yang berfikiran bahawa kerja dakwah di lapangan bukan kerja mereka.Bersama-samalah kita bermuhasabah kerana Islam adalah kepunyaan kita semua.
Untuk makluman,penulia adalah bekas ahli Al Arqam.Jika ada yang tersinggung,itu bukanlah niat sebenar saya.Manusia yang di cipta Allah masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.Apa yang kurang tolonglah bantu kerana matlamat kami dalam LANDAS adalah mahu Islam memayungi manusia.Jika ada yang baik bersamalah kita berfikir dan seterusnya bertindak.Dalam Islam kita belajar,beramal dan seterusnya di sebarkan.
Operasi arak di Langkawi: Jangan hanya sekadar melepas batuk di tangga.
Untuk makluman, harga bagi se tin Carlberg atau Tiger ialah RM1.30. Di tanah besar harga se tin ialah RM6.00 lebih. Harga milo ais pula RM1.50. Status Pulau Bebas Cukai Langkawi haya bermanfaat untuk perokok dan pemabuk sedangkan harga lain-lain barang sama sahaja dengan tanah besar. jadi apa huntungnya status bebas cukai kepada penduduk Langkawi melainkan menggalakkan penduduknya mabuk.
WUJUDKAN SEKOLAH AGAMA KHAS UNTUK MELATIH PENDAKWAH HEBAT
Umat Islam bagaimana? Negara Islam masih belum mampu melahirkan pendakwah yang sanggup merantau ke pelosok dunia. Kita juga perlu menubuhkan sekolah agama khas dalam usaha melahir kader-kader pendakwah yang hebat. Negara islam menjadi lubuk wang tapi sayang wang tersebut di curahkan ke negara yang secara terang-terangan memusuhi umat Islam. Wang dan dunia menjadi kiblat mereka. Pendakwah Islam hanyalah dari kalangan individu dan pertubuhan kecil. Kegiatan mereka hanyalah melalui sumbangan sesetengah individu dan ehsan. Pendakwah Islam tidak mampu memfokuskan kerja dakwah kerana terpaksa mencari wang untuk membiyayai kerja dakwah mereka. Malaysia memiliki Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Saya kurang pasti apakah fungsi institusi yang di gelar "YAYASAN DAKWAH". Pemimpin agama seharusnya sedar dan sepatutnya mereka memikirkan kerja dakwah dari dulu lagi. Mereka seharusnya membuka mata seluas-luasnya tentang fungsi institusi khas yang di wujudkan oleh Kristian seluruh dunia.
Malaysia memiliki banyak sekolah agama. Bayngkan berapa ramai pendakwah yang mampu di lahirkan jika semua sekolah agama mempunyai kesedaran betapa pentingnya kerja dakwah. Hanya hati yang di tanamkan sifat dakwah sahaja yang mampu bergerak ke tengah masyarakat. Kerja dakwah tak akan dapat di realisasikan jika tidak di asah dari awal. Rasulullah berjaya mentarbiah para sahabat dan menyerapkan elemen dakwah di hati para sahabat baginda. Mereka sedia di hantar walau ke pelusuk mana dalam misi menyampaikan Islam. Umat Melayu khususnya adalah hasil sumbangan kegigihan para sahabat dalam kerja dakwah mereka. Elemen dakwah telah di tinggalkan dan telah di ambil alih oleh mereka yang memusuhi islam. Walau pun agak terlambat kita masih ada masa untuk melahirkan pendakwah yang hebat, sehebat Syeikh Habib Riziq, Syeikh Ahmad Dedat,ustaz syamsyul Nababan,ustaz Kamarudin abdullah (IPSI),Dr. Zakir Naik dan ramai lagi. Mereka berani berdebat dengan pendakyah Kristian. Umat Islam masih memerlukan lebuh ramai pendakwah hebat dalam usaha mematahkan serangan kufar yang semakin dasyat. Bangunlah wahai umat Islam. Kita sedang di himpit dari barbagai sudut.
DAKWAH TERAS KEJAYAAN UMMAH
Dakwah kepada non Muslim
Dataran Lang dan pekan rabu
Kebanyakan remaja hari ini sudah tak kisah dan tak merasa malu dengan apa yang mereka lakukan sekali pun merekaberada di kelompok pak lebai.Inilah masalah umat Islam hari ini yang mengkesampingkan elemen tegur - menegur.Anak muda hancur dan masyarakat porak peranda. Cuba bayangkan betapa ramai anak-anak kita yang langsung tidak kenal erti kehidupan. Tiada langsung usaha kerajaan dalam menangani gejala yang memesongkan anak muda.
Jadikan masjid tempat maklumat Islam
Salah satu cara untuk memberikan kefahaman Islam kepada para pelancong ialah dengan cara membuat sign board di pintu masuk masjid. Dalam sign board tersebut secara ringkasnya di terjemahkan apakah itu Islam. Di kawasan sign board tersebut hendaklah ada ruang tambahan dan di sediakan buku tentang Islam dalam bahasa inggeris.Ruang yang ada hendaklah senantiasa di ikuti dari masa ke semasa agar kita tidak sentiasa berada di barisan hadapan dalam perkembangan Islam.

IRON MAN LANGKAWI HALAL ATAU HARAM
Saya masih teringat akan penolakan oleh Imam Nawawi apabila di tawarkan jawatan Mufti oleh kerajaan. Agaknya beliau tak sanggup di jadikan aksesori. Memangku jawatan mufti tetapi nasihat di letak ke tepi. IRON MAN lebih teruk jika di bandingkan dengan JOM HEBOH. Dalam JOM HEBOH orang tak berpakaian separuh bogel tetapi hanya berhibur yang tak tentu hala. Umat Islam yang mengikuti acara tersebut sudah pasti tak sembahyang dan paling tidak bersubahat mempertontonkan aurat di khlayak ramai. Agaknya inilah cara sesetengah pihak mempertahankan Islam. Di waktu ini jugalah Langkawi sudah pasti bermandikan arak.
Pengalaman dalam melaksanakan penguat kuasaan EKJS
Penguatkuasa di rasakan perlu di berikan ilmu dakwah selain ilmu penguatkuasaan. Ini perlu kerana penguatkuasa bukan hanya bertujuan menangkap, mereka juga perlu memberi kefahaman islam kepada mereka yang di tangkap. Menangkap mereka yang minum arak tidak mendatangkan penyelesaian kerana mereka masih tidak faham akan larangan syarak. selepas di denda atau di lepaskan mereka akan mengulangi perkara yang sama. penguatkuasa hendaklah di bekalkan risalah Islam.
Pengalaman bersembang dengan seorang Bounxer
Sun Bar
LANDAS Langkawi turut serta dalam operasi arak di Langkawi
LANDAS Langkawi di jemput menghadiri kursus Penguatkuasaan alkohol
LANDAS dalam Harian Sinar 24hb. Feb. 2010
Pantai Cenang dan valentine Day
Pantai Cenang dan valentine Day
‘Valentine Day’ tidak disia-siakan oleh remaja. Langkawi dipenuhi oleh pelancong samada dari dalam atau luar negara. Cuti tahun baru Cina adalah salah satu sebab yang membolehkan Langkawi sekali lagi menjadi tumpuan. Kami mempergiatkan aktiviti mengedar risalah dan dakwah lapangan. Kawasan yang menjadi tumpuan sudah pasti kawasan Kuah dan Pantai Cenang. Keadaan memang amat gawat dengan gelagat pasangan yang menjadikan Langkawi sebagai tempat mereka memadu kasih. Tumpuan kami pada malam ‘Valentine Day’, sudah pasti di Pantai Cenang kerana ia adalah pantai yang disinonimkan dengan berbagai sambutan.
Kami memohon kepada kerajaan negeri supaya mengambil berat akan keadaan yang berlaku di sesetengah kawasan di Langkawi. Jangnlah mengorbankan Langkawi hanya kerana ia sebagai pusat pelancongan dan penyumbang ekonomi terbesar kepada kerajaan negeri. Sehingga ke hari ini, kerajaan negeri langsung tidak mengendahkan apa yang kami adukan .Aduan kami adalah mewakili penduduk Langkawi. Kemana sahaja kami pergi kami akan menerima aduan dari penghuni kawasan tersebut. Mereka mengatakan bahawa keadaan sosial di Langkawi menjadi semakin celaru di bawah penerintahan PR.
Apabila rungutan ini keluar dari mulut mereka saya hanya mampu berkata "sabar kerajaan negeri sedang berusaha memperbaiki keadaan yang rosak setelah ditadbir oleh mereka yang menjadikan wang sebagai tuhan mereka.” Alasan ini tidak boleh di gunakan untuk selama-lamanya. Pemerintah di negara ini gagal memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam tentang tatacara hormat-menghormati di kalangan masyarakat majmuk. Sepatutnya mereka mengadakan lebih banyak dialog dengan masyarakat bukan Islam atau menggunakan bangsa mereka sendiri yang telah memeluk Islam dalam usaha mendampingi mereka.
Dalam situasi inilah dakwah dalam politik diperlukan. Sudah pasti mereka mahu mendengar dan melihat keindahan Islam. Apabila usaha memahamkan mereka kepada Islam gagal dilakukan maka jadilah orang melayu Islam sebagai orang yang makan hati. Apakah kerajaan negeri tidak merasakan bahawa arak adalah ancaman utama kepada penduduk Langkawi. Kalau rokok boleh dinaikan harga hingga ke paras RM6.00 lebih mengapa arak tidak boleh? Adakah kerana arak penyumbang ekonomi terbesar kerajaan negeri? Jasa mana-mana kerajaan yang tak akan kami lupakan ialah bila mana mereka dapat mengelakkan penduduk Langkawi dari ketagih arak.
ASIA TENGGARA DI BANJIRI PENDAKYAH KRISTIAN
Dewan yang tak seberapa besar itu dipenuhi oleh orang ramai kerana mahu mendengar ceramah seorang bekas paderi Kristian. Penyampaian beliau begitu baik sekali dan orang ramai tidak berganjak walau pun beliau berceramah selama dua setengah jam. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ADUN Ayer Hangat dari UMNO YB Rawi Ahmad.
Apa yang menarik perhatian saya ialah pendedahan beliau tentang bakal kehadiran 110,000 pendakyah Kristian dari Korea Selatan ke Asia Tenggara. Indonesia katanya telah melahirkan seramai 25000 pendakyah Kristian dari kalangan penduduk tempatan. Indonesia yang suatu ketika dulu hanya terdapat 3 juta penganut Kristian, tetapi hari ini telah mencecah 25 juta orang. Mereka telah berjaya mengkristiankan dunia dan malaysia bagaimana?
Memang tepat tanggapan saya bahawa isu kalimah Allah adalah bertujuan dakyah bagi memudahkan kerja mereka memurtadkan orang Melayu Islam di Malaysia. Mengapa mereka beria-ia sangat, mahu menggunakan kalimah Allah sedangkan di dalam kitab Injil yang ada pada mereka sendiri tidak pernah ada kalimah tersebut. Tak syak lagi bahawa Malaysia adalah tumpuan utama pendakyah Kristian. Siang malam mereka berfikir bagaimana cara untuk memesongkan akidah orang Islam.
Apakah persediaan orang Islam di Malaysia dalam menghadapi ancaman pendakyah ini. Sasarannya sudah pasti mereka yang cetek pengetahuan agama dan memburu dunia. Pendakyah Kristian dibekalkan dengan ilmu dan wang ringgit yang cukup. Seluruh dunia membantu mereka dalam usaha merialisasikan impian mengkristiankan dunia. NGO Islam pula terpaksa mencari perbelanjaan sendiri. Orang Islam yang kaya pula tidak berminat menawarkan hartanya untuk membantu perkembangan Islam. Harta mereka hanyalah untuk mereka. Yang paling malang sekali ialah apabila orang Islam melaburkan wang ringgit pada orang bukan Islam.
Dengan terdedahnya perancangan yang rapi ini maka sekali lagi saya mengajak teman-teman di luar sana agar segera bangun dari lamunan untuk sama-sama terjun ke tengah masyarakat menyampaikan risalah dakwah. Jangan tunggu lagi kerana umat Islam sedang dilanda krisis kealfaan dengan nikmat dunia. Jangan kita berbangga walaupun telah berjaya mendidik ahli keluarga menjadi umat yang patuh pada perintah Allah. Mereka juga terdedah kepada dakyah Kristian. Aisha Bukhari sebagai contoh yang berjaya dimurtadkan walau pun dia anak seorang imam. Beliau telah kecundang dengan dakyah yang datang kepadanya.
Meskipun kita tak mampu berdakwah pada orang bukan Islam tetapi sekurang-kurangnya kita mengambil bahagian dalam kerja dakwah kepada sesama umat Islam. Kerja dakwah bukan kerja part time atau kerja pilihan, tanggungjawab sebagai pendakwah kerja “full time” dan semua orang patut mewajibkan diri dalam kegiatan tersebut.
Saya belum pernah mendapat maklumat tentang angka apakah Malaysia berjaya melahirkan pendakwah? Orang kita tidak sanggup meluangkan masa dan berenggang dengan anak isteri atas nama sebagai seorang pendakwah. Jika keadaan ini terus berlaku jangan terkejut Malaysia juga akan menjadi Indonesia yang kedua di mana anak orang Melayu bebas menganut agama mana yang mereka suka.
Oleh itu sekali lagi saya mengajak agar kita bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga agama Allah dan menyebarkannya. Para sahabat contohnya berlumba-lumba berada di saf hadapan dalam usaha mengembangkan Islam. Saiyidina Abu Bakar telah membelanjakan seluruh hartanya untuk Islam. Apabila ditanya apakah ada lagi harta yang tinggal untuk dirinya, beliau menjawab "cukuplah Allah dan Rasul untuk saya". Sikap tabligh Nabi SAW adalah contoh terbaik kepada kita bahawa setiap orang Islam mesti mempunyai hati yang sama dengan beliau.
Oleh,
LANDAS Langkawi
Aktivis Langkawi edar risalah Valentine Day dan Arak di jeti Point dan Dataran Lang
Remaja lelaki ini datang dari Kuala sala ke Langkawi mungkin tak mahu ketinggalan meraikan apa yang di namakan Hari Kekasih. Kami berbual dengan mereka selama lebih kurang 20 minit. walau pun agak terkejut pada mulanya namun mereka berterima kasih di atas nasihat yang kami berikan.Semoga inilah kali yang terakhir mereka malakukan apa yang mereka sendiri tidak tahu.
Suasana di Pekan Rabu, Langkawi.
LANDAS Langkawi lipat gandakan program turun padang.
Sepasang suami isteri yang minum arak di Pekan Rabu Langkawi atas alasan masalah anak patah kaki kerana anak jatuh buaian.Suami isteri ini berasal dari Trengganu bersama dua orang remaja berumur 19 tahun yang berasal dari Tanah Merah ,Kelantan. Mereka minum sebanyak dua tin seorang. Beginilah jadinya apabiala gagal menjadi suami yang baik sanggup mengajak isteri bersama-sama minum arak.
Landas Langkawi Turun Padang Edar Risalah Valentine Day
LANGKAWI - Tarikh 14 Februari setiap tahun adalah tahun yang paling diingati oleh kabanyakan anak-anak muda. ‘Valentine Day’ nama yang begitu sinonim di hati manusia yang tidak mengetahui apa maksud yang tersirat di atas nama tersebut. Mereka secara membabi buta mengikut apa sahaja yang disajikan kepada mereka. Asal sahaja datang benda baru mereka akan beramal dengannya tanpa usul periksa. Kosong didada kerana tak peduli akan agama membuatkan mereka terumbang ambing tanpa tahu haluan dan dari manakah mereka datang menyebabkan mereka mudah jatuh di pukul ombak.
Ombak akhir zaman terlalu ganas sehinggakan amat payah mencari perlindungan kecuali menyaluti diri dengan iman dan taqwa kepada Allah. Hanya iman yang mampu mengelakkan tubuh dari disaluti debu-debu yang sentiasa mencari mangsa. Atas dasar inilah kami mengambil inisiatif mencetak dan mengedar risalah tentang sejarah ‘Valentine Day’ bagi memberi kefahaman agar mereka tidak terjebak ke lembah dosa. Kami menyajikan kepada mereka tentang sejarah ‘Valentine Day’. Kami mengedar sebanyak 500 naskah hanya dalam masa sejam. Mesej telah kami sampaikan.
Apa untungnya orang melayu bersatu dalam Islam?
LANDAS Langkawi turun lagi ke lapangan
LANDAS dalam Harian Sinar 5hb. Feb. 2010
Pengalaman di bumi Kenyalang.
Satu perkara yang agak tidak sedap di pandang ialah apabila masjid di kebanyakan tempat tidak berkubah. Hanya apabila di perhatikan betul-betul barulah jelas bahawa objek yang ada di atas bumbung ialah objek Bulan yang melambangkan Islam sedangkan gereja Kristian bebas membuat lambang salib walau sebesar mana.Mengapa ini terjadi? JAIS hendaklah berani menzahirkan syiar Islam.Mereka sepatutnya turun ke rumah panjang untuk menjejaki orang Islam yang ada di rumah Islam. Saya juga di fahamkan ada di antara orang Islam yang murtad di rumah panjang hasil dakyah Kristian.
Ayah pengerusi LANDAS Langkawi kembali ke rahmatullah
Pada 28hb. February yang lepas lebih kurang pukul 7.30 pagi saya telah kehilngan orang yang paling banyak berjasa kepada saya. Pemergian ayah sungguh tidak di sangka-sangka kerana pada malam sebelum kematiannya, ayah telah bebual dengan anak-anak saya. Saya pada ketika itu baru sahaja melayari web site Air Asia kerana meneliti tambangan penerbangan dari Langkawi ke Kuching.Kami sekeluarga bercadang balik kampung untuk menziarahi ayah pada 1hb Januari 2010.Namun Allah lebih mengetahui apabila pada pagi 28hb, lebih kurang pukul 7.30 pagi saya telah di hubungi oleh anak saudara tentang perkhabaran yang ayah telah di jemput oleh Allah SWT.Saya menjadi tak ketahuan kerana terkejut.Tanpa berlengah saya segera menghubungi JAIS Sri Aman memohon bantuan untuk menguruskan jenazah ayah.Kesemua urusan jenazah di uruskan oleh JAIS kerana kami dari kalangan saudara baru. Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya berjalan lancar.Kerana jarak yang terlalu jauh kami sekeluarga tidak dapat menatap wajah ayah buat kali yang terakhir.Kami hanya sampai di Sri Aman pada 29hb dan hanya sempat berdoa di kubur ayah. Semoga Allah melapangkan dan menerangi alam kuburnya.Jasa ayah tidak akan terbalas.


