Pengalaman di bumi Kenyalang.
Kembalinya saya ke bumi Kenyalang beberapa hari yang lepas,saya sempat meluangkan masa menziarahi perkampungan mualaf di Kampung Subang Jaya,daerah Serian. Kakak saya adalah antara yang termasuk dalam rancangan penempatan tersebut.Jumlah penghuni di kawasan ini di anggarkan 50 keluarga.Satu perkara yang menjadi rungutan ialah apabila sejak sekian lama penghuni di kawasan ini tidak mendapat bakalan air dan elektrik.Sarawak berpotensi menjadi pusat perkembangan Islam jika ada pendakwah Islam yang sanggup meluangkan masa dan tenaga dalam kerja-kerja dakwah. pengalaman saya bersama Al Arqam suatu ketika dahulu membuktikan yang orang Iban mudah menerima Islam.Saya juga di fahamkan yang ramai sahabat saya telah memeluk Islam.Namun agak mengecewakan apabila mereka di biarkan terus jahil tanpa mendapat pendidikan tentang islam yang syumul.JAIS sepatutnya menyusun program dan menawarkan khidmat kepada masyarakat yang baru memeluk Islam. Masyarakat Iban di Sarawak sangat mesra dengan Islam. Mereka tidak merasa janggal bergaul dengan orang Islam.Alangkah baiknya kalau di rancang program dakwah yang terancang di bumi Sarawak.Satu perkara yang agak tidak sedap di pandang ialah apabila masjid di kebanyakan tempat tidak berkubah. Hanya apabila di perhatikan betul-betul barulah jelas bahawa objek yang ada di atas bumbung ialah objek Bulan yang melambangkan Islam sedangkan gereja Kristian bebas membuat lambang salib walau sebesar mana.Mengapa ini terjadi? JAIS hendaklah berani menzahirkan syiar Islam.Mereka sepatutnya turun ke rumah panjang untuk menjejaki orang Islam yang ada di rumah Islam. Saya juga di fahamkan ada di antara orang Islam yang murtad di rumah panjang hasil dakyah Kristian.
0 comments:
Catat Ulasan