Tajuk akbar: "LANDAS mohon kaji status arak dalam tin". LANDAS Langkawi mohon jasa baik Tun Mahathir agar kerajaan pusat mengkaji status arak dalam tin. Status tersebut termasuk harga bebas cukai kepada arak tersebut kerana harga semurah RM1.70 se tin membolehkan remaja menikmati arak tersebut dengan mudah.Yang kedua ialah status arak tersebut yang diklasifikasikan sebagai minuman ringan telah menyebabkan orang bukan Islam menjualnya secara berleluasa tanpa perlu mendapatkan lesen dari pejabat daerah.Umat Islam tidak merasa terhina apabila orang kafir secara terang-terangan menjual arak di perkampungan orang Islam.Orang kafir menjadi berani akibat sikap pengecut dan leka orang Islam.Pemimpin masyarakat di kalangan orang politik pula asyik memikirkan aktiviti untuk mencari pengaruh tanpa mahu memikirkan kerosakan umat akibat dari gejala mabuk.Mereka tidak berani bertindak jika perkara tersebut boleh menyebabkan pengundi bukan Islam lari dari mereka.Pendek kata biar berkuasa asalkan Islam dan bangsa di hina pun tak apa.Jika beginilah cara politik di pandu maka tak hairan suatu hari nanti Islam dan bangsa akan di bakul sampahkan oleh tangan manusia itu sendiri.
0 comments:
Catat Ulasan