Kartika Sari Dewi: Dari hukuman sebat di ganti dengan khidmat masyarakat.
Setelah bertungkus lumus untuk menghalang hukuman sebat ke atas Model sambilan "Kartika Sari Dewi", Pertubuhan ajaran sesat Sister In Islam akhirnya berjaya. Hukuman sebat yang di jatuhkan ke atas Kartika di katakan zalim dan akhirnya di gantikan dengan khidmat masyarakat. Mereka yang bersetuju menggantikan hukuman tersebut juga barang kali bersetuju dengan pendapat SIS.Walau pun tidak selari dengan hukuman huhud yang sebenar namun ada kegerunan di kalangan pengamal maksiat.Kalau hukuman sebat zalim, Allah juga zalim. SIS dari dahulu lagi mengatakan Allah tidak cerdik dan zalim melalui beberapa artikal mereka. Ayat Al Quran yang berkenaan wanita juga di cadangkan di pinda oleh mereka kerana di katakan di buat oleh nabi SAW.Tak kira siapa yang menukar hukuman tersebut sewajarnya mereka muhasabah diri. Kita semua akan mati dan segalanya akan di hitung oleh yang Maha Menghitung dan yang Maha Mengetahui. Tiada yang akan terkecuali dari perhitungan. Samada yang berkuasa atau rakyat jelata tiada tempat yang istimewa.Bahkan tempat yang lebih azab kepada mereka yang berkuasa tetapi mengabaikan amanah Allah. Syariat Allah bersifat mendidik dan mendisiplinkan manusia. Masakan Allah menurunkan sesuatu hanya sia-sia.Dosa manusia dengan Allah maka hanya Allah sahaja yang layak mengampunkan nya.Janganlah memberanikan diri mewakili Allah.Amalan mewakili Allah dalam hal mengampunkan dosa manusia menyerupai amalan agama Kristian di mana Paderi boleh mengampunkan dosa penganutnya.Rasulullah pernah bersabda kepada anak Fatimah yang bermaksud
" Kalau anak ku fatimah mencuri Aku juga yang akan memotong tangannya"
0 comments:
Catat Ulasan