13 Januari 2010

Pengenalan LANDAS

Pengenalan ”Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial” (LANDAS) Membanteras Gejala Sosial

Penggerak Membenteras Gejala Sosial merupakan program yang diusahakan oleh sukarelawan Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS), hasil daripada saranan dan inspirasi daripada aktivis LANDAS yang mahukan wujudnya organisasi dan kumpulan tertentu yang terlibat secara aktif bersama mana-mana kerajaan negeri, Jabatan Kerajaan dan NGO yang berminat di dalam memerangi masalah gejala sosial dalam masyarakat.

Urusetia UNGGAS juga akan memberikan Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Dalam Isu-isu Sosial (LANDAS), bertujuan menyedia dan mengupayakan aktivis lapangan untuk bergerak secara aktif membenteras dan memulih gejala sosial yang berlaku dikalangan kelompok remaja dan belia masa kini.

Dengan lahirnya golongan aktivis dakwah lapangan yang aktif dalam isu sosial masyarakat, ini akan mewujudkan beberapa kawasan yang bebas daripada gejala sosial dan maksiat di kalangan komuniti remaja dan belia.Penggerak dakwah juga akan mengikuti Latihan Kemahiran Berkomunikasi dan Berintraksi di lapangan mendekati golongan yang terlibat dengan gejala sosial dan mungkarat di lokasi-lokasi tertentu seperti di tempat-tempat hiburan dan maksiat.

Matlamat

Melahirkan golongan aktivis dakwah LANDAS di kawasan tempatan, yang mempunyai komitmen dan kemahiran dalam menggerakkan usaha secara bersama bagi menangani serta memulihkan masalah gejala sosial dan maksiat di kawasan mereka.

Visi

Aktivis dakwah ini juga menjadi unit rasmi di bawah Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) yang akan bergerak secara aktif dalam memerangi masalah gejala sosial dan maksiat dalam masyarakat.

Misi

Mengupayakan aktivis dakwah untuk bergerak secara aktif di lapangan dan melaksanakan program-program membanteras dan memulih gejala sosial yang berlaku dikalangan kelompok remaja dan belia.

Etika Aktivis Dakwah

Berkhidmat dengan penuh keikhlasan, kecekapan serta berkualiti.
Menguasai medan dan memahami kelompok sasaran dan isu dengan mendalam.
Menggerakkan usaha perubahan dengan hikmah dan ketegasan dengan menggunakan

kepelbagaian mekanisme dakwah (perubahan).

Menggerakkan inisiatif perubahan dengan bersungguh-sungguh tanpa segan silu melakukan pengorbanan.

Objektif LANDAS

Memberi pendedahan menyeluruh berhubung isu-isu sosial dan maksiat yang berada di dalam masyarakat dan menjadikan kelompok ini sebagai kelompok yang peka bukan pekak terhadap isu yang berlegar di sekitar mereka.

Membina perspektif menyeluruh mengenai keperluan untuk mereka terlibat dalam membenteras gejala sosial dan maksiat di dalam masyarakat.

Membina keyakinan, keberanian dan daya bertindak untuk membenteras masalah gejala sosial dan maksiat yang berlaku dalam masyarakat.

Membina kemahiran berkomunikasi dan berintraksi dengan mereka yang tersasar serta membina kesepaduan gerakkerja yang boleh dilakukan dalam membenteras gejala sosial dan maksiat di dalam masyarakat.

Membentuk sekretariat dakwah yang akan menjadi medan kerjasama NGO-NGO Islam sebagai organisasi sosial yang berkesan membenteras gejala sosial dan maksiat di kalangan remaja dan belia.

0 comments:

Catat Ulasan