Dalam dua minggu yang lepas saya telah di beritahu yang PBT Langkawi akan menubuhkan unit menangani gejala sosial."Anta adalah salah seorang yang akan menyertai majlis tersebut" katanya kepada saya."Ya ka" itu kata-kata yang terkeluar dari mulut saya.Kawan saya tadi turut menawarkan diri menganggotai majlis tersebut. Majlis tersebut katanya akan di anggotai oleh ketua polis Langkawi,Kadi,YDP Majlis Daerah, Pengerusi LANDAS Langkawi dan di pengerusi oleh saudara Mazlan Ahmad selaku Timbalan YDP PAS Kawasan Langkawi.Saya pernah mendengar dari mulut kawan saya yang pusat hiburan di Langkawi susah di kawal. Cara mengawalnya ialah dengan cara memberi lesen yang sah dan kemudian di pantau agar mengikut peraturan undang-undang.Agak pelik bagaimana pihak berkuasa tidak boleh mengawal premis yang tidak mempunyai lesen bolah beroperasi.Bagi saya ini hanyalah untuk menjaga hati sesetengah pihak dan ada pertimbangan politik.Apabila politik di beri keutamaan dan maka pentadbiran akan di politikan sekali.Segala jenis jenayah juga akan subur kerana mengikut arus politik dan akhirnya pentadbiran sukar di kawal. Jika beginilah caranya saya akan menolak pelawaan tersebut kerana bagi saya ia hanya politik kartoon atau cara pentadbiran OKU.Pengajian saya belum sampai ke peringkat menjalankan dua peringkat secara serentak.Pada satu masa kita membenarkan mereka beroperasi secara haram tetapi dalam masa yang sama kita berpura-pura menjalankann tugas.Biarlah LANDAS bergerak dengan prinsipnya sekali pun di tuduh suka mencari kesalahan orang.Kami tidak pernah menuntut jawatan atau wang ringgit dari mana-mana pihak dan atas dasar itu kami tidak akan mengubah haluan hala tuju kami. Kalau dulu ramai kawan bersama tetapi sekarang ada kawan yang menjadi lawan kerana di katakan suka memburukan orang lain. Kalau dulu kita suka mengkritik tetapi sekarang kita tidak mampu merobah apa yang kita pernah kritik satu masa dulu.
0 comments:
Catat Ulasan