LANDAS dalam Harian Sinar 12hb Jan 2010
Sekali lagi saya tegaskan bahawa apa yang kami dedahkan dalam blog ini sama sekali bukan berniat nutuk memburukkan atau menjatuhkan imej mana-mana pihak. Niat kami hanyalah membantu mana-mana kerajaan yang memerintah. Atas sebab itu kami kadang-kadang mengkritik dan ada pula menyokong dan tak kurang memberikan cadangan.
Terpulanglah kepada pembaca untuk mentafsir siapakah kami. Kami percaya mana-mana kerajaan memerlukan sokongan dan pandangan kerena mereka bukanlah manusia yang sempurna. Setiap rakyat wajib mengambil tahu akan perjalanan pemerintahan jika mahu negara tersebut selamat dari malapetaka.
LANDAS Langkawi tidak dibiayai oleh mana-mana pihak untuk mendedahkan keburukan orang. Kami belum pernah menerima sumbangan satu sen pun dari mana-mana kerajaan untuk menjalankan aktiviti. Setiap pergerakan kami menggunakan duit poket sendiri. Kami berusaha menjadi NGO yang bergerak tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Prinsip kami ialah bercakap benar sekalipun pahit.
Kami bergerak atas dasar kesedaran dan tak sanggup melihat saudara seagama hanyut tanpa ada orang yang menghulurkan tangan menawarkan bantuan. Terbaru isu kalimah Allah adalah usaha terancang puak kuffar untuk memudahkan mereka memurtadkan orang Islam. Kita semua sepatutnya sedar dan segera bangun dari lamunan kerana umat Islam berada dalam krisis moral. Mereka berpotensi untuk dipesongkan akidah dek kerana kejahilan terhadap agama sendiri.
Kristian telah lama berusaha dan pastinya mereka tidak pernah putus asa menyebarkan dakyah mereka kepada orang Islam. Lupakah kita akan sabda nabi kita SAW yang bermaksud " umatku di akhir zaman sehasta demi sehasta dan sejengkal demi sejengkal akan mengikut perangai yahudi atau nasrani sehingga apabila yahudi atau nasrani masuk lubang cacing mereka pun akan ikut sekali".
Saya berusaha untuk menjadikan LANDAS sebagai landasan kepada mereka yang sanggup turun ke lapangan membawa mesej Islam dan menjadi ejen perubahan. Jika mahu melihat Islam terus bersinar maka tidak dapat tidak kita mesti berusaha dan mengerah tenaga dalam kerja menyampaikan Islam ketengah masyarakat walau dengan apa cara sekali pun. Cara yang paling berkesan mengikut kajian saya ialah melalui dakwah lapangan.
Saya tidak mempertikaikan cara tradisional dengan menyampaikan Islam melalui kuliah di dalam masjid dan surau tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak datang ke masjid. Kalau kita tidak mahu mempertahankan Islam, Allah sama sekali tidak hilang kekuasaanNya tetapi manusia jua yang rugi. Islam tetap megah tetapi apakah kita temasuk di dalam mereka yang sayang dan cinta akan ajarannya.
0 comments:
Catat Ulasan