KALIMAH ALLAH
Isu Kalimah Allah (الله)
Amal makruf dan cegah mungkar baru bercakap tentang pertahan kalimah ALLAH.
Giatkan kerja-kerja mengajak kepada amal ma’ruf dan menjauhkan yang mungkar jika benar mahu menjaga kesucian kalimah Allah. Masyarakat hendaklah segera disedarkan agar mereka sentiasa menjunjung dan meletakkan kalimah Allah di tempat yang tinggi. Sensitif biarlah lahir dari hati yang rasa sayangkan kalimah Allah bukan kerana terikut-ikut. Merasa tercabar teramat sangat tak akan kemana kerana sebelum ini pun pernah keluar dari mulut pemimpin utama negara yang mengatakan agama Islam tak sesuai diamalkan kerana negara yang berbilang kaum. Kalimah tak sesuai lebih teruk dari mereka yang mahu turut serta menggunakan kalimah Allah. Secara tak langsung ada manusia yang merasakan dirinya lebih bijak dari Allah SWT. Na’uu zubillah. Saya pun tak setuju agama lain menggunakan kalimah Allah dalam agama mereka kerana ia akan memudahkan mereka memurtadkan orang Islam yang jahil. Sebagai umat Islam yang sedar kita hendaklah melipat gandakan usaha dakwah kerana bimbang mereka yang jahil akan menjadi sasaran dakyah. Mereka menggunakan pelbagai mekanisma seperti perempuan, wang ringgit dan harta. Sebelum ini pun ada di antara mereka yang bertaraf anak imam berjaya di murtadkan tetapi apakah tindakan kita?
0 comments:
Catat Ulasan