14 Januari 2010

Beri kembali kad kuasa kepada orang awam

Kami sekali lagi memohon kepada kerajaan agar kd kuasa untuk penguat kuasaan jabatan agama di beri kembali kepada orang awam. Ini bagi membolehkan orang awam melibatkan diri dalam amar makruf nahi munkar. Saya di fahamkan kad kuasa di tarik balik pemberiannya kepada orang awam kerana atas alasan salah guna. Kalau betullah salah guna mengapa kesemuanya di tarik balik. Tarik balik hanya mereka yang salah guna kad tersebut. Semenjak LANDAS aktif dalam aktiviti dakwah lapangan ramai yang mengadu kepada kami tentang aduan khalwat tidak di layan oleh jabatan agama. Saya kemudianya memanjangkan rungutan tersebut kepada salah seorang sahabat saya yang bertugas sebagai penguat kuasa pencegah maksiat. Beliau berkata yang mereka tak cukup kaki tangan. "Kami bersengkang mata tiap2 malam sehingga ke pukul tiga pagi" katanya kepada saya. Semenjak hari itu saya faham akan realiti sebenar dan saya juga tidak menyalahkan mereka. Apa yang mengecewakan ialah sikap kebanyakan pegawai masjid yang di beri tauliah dan kuasa menangkap mereka yang berkelakuan sumbang tidak mahu menjalankan tugas. Kad kuasa hanya di simpan di dalam beg duit. Apabila di adukan kepada mereka jika terdapat kes khalwat mereka akan menuding jari kepada pejabat agama. Saya mencadangkan agar kerajaan mengkaji balik agar kad kuasa di beri kembali kepada mereka berkemampuan menjalankan tugas. Amat mustahil kawasan seluasa Langkawi mampu di kawal oleh penguat kuasa seramai tiga orang.pegawai masjid juga seharusnya di beri kesedaran tentang tanggung jawab.

0 comments:

Catat Ulasan