EKJS (KEDAH) 1988
Pamerkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Papan Tanda
LANDAS Langakwi mencadangkan agar Jabatan agama mempamer dan meletakkan papan tanda berkenaan kesalahan salah laku dan yang berkaitan arak ke atas orang Islam. Langkah ini di rasakan amat berkesan untuk mengekang salah laku mereka yang semakin hilang rasa malu berkepit dan minum di khalayak ramai. Mereka merasa seronok melakukan maksiat kemana sahaja walau pun bukan mahram kerana tidak menjadi kesalahan selagi tidak berada di rumah berdua-. Tinjauan LANDAS Langkawi sepanjang berada di lapangan mendapati kebanyakan mereka mengatakan bahawa duduk berduaan walau pun bukan mahram tidak menjadi kesalahan. Apabila di tanya mereka akan menjawab "kami tak buat apa pun". Begitu juga dengan tabiat minum arak yang semakin berleluasa tidak dapat dibendung jika kerajaan hanya memantau tanpa dibuat tindakan yang konkrit. Buat masa ini kerajaan atau ustaz hanya mendidik melalui kuliah agama atau mimbar masjid. Saya tidak mempertikaikan cara itu tetapi dari segi keberkesanannya. Banyak teori yang dibuat tetapi tiada perlaksanaan. Di Kedah contohnya telah pun ada 'Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Tahun 1988' yang memperuntukan
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (KEDAH) 1988
(ENAKMEN BIL. 9 TAHUN 1988)
Seksyen 5 : Melakukan perbuatan atau kelakuan tidak sopan di mana-mana tempat awam.
Denda: RM1,000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 9: Khalwat – Mana-mana orang lelaki / perempuan yang didapati bersekediaman atau bersekedudukan atau berkurung atau bersembunyi yang mendatangkan syak melakukan maksiat yang bukan mahram.
Denda : RM2,000.00 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya.
Seksyen 7 : PONDAN – Lelaki berpakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di tempat awam.
Denda: RM1,000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 25 (1) : MINUM ARAK atau sebarang minuman yang memabukkan
Denda: RM5,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 25 (2) : Membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau apa-apa minuman yang memabukkan.
Denda: RM3,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 11 : ZINA
Denda: RM5,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 12 : MUQADDIMAH ZINA
Denda: RM3,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 14 : LIWAT
Denda : RM3,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 16 (1) : HAMIL LUAR NIKAH
Denda: RM3,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali
Semuanya tidak akan bererti jika enakmen ini hanya di simpan di dalam almari. Sebelum memerintah adalah masa untuk mengkritik tetapi selepas menang sepatutnya masa untuk melaksanakanya. Bersama-samalah kita muhasabah diri.
0 comments:
Catat Ulasan