13 Januari 2010

Aktivis Landas Langkawi Turun Padang

LANGKAWI – Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial (LANDAS) mendakwa Pihak Berkuasa Tempatan tidak melaksanakan operasi menangani gejala sosial secara serius.


Pengerusi LANDAS Langkawi, Mohd Ali bin Abdullah berkata, LANDAS Langkawi di bawah Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah yang semakin aktif dalam kerja lapangan ini terus memantau keadaan di beberapa pusat hiburan di pulau ini.


Menurutnya, pusat hiburan di Langkawi masih beroperasi hingga lewat pagi dan senario ini bertentangan kenyataan EXCO berkenaan iaitu operasi itu hanya dibenarkan sehingga jam 12.30 pagi.


“Kami bertanya kepada pekerja pusat hiburan dan mereka memberitahu waktu tamat operasi adalah sekitar jam 5.00 pagi.


“Tetapi EXCO mendakwa tiada pusat hiburan dikenakan tindakan sepanjang Pakatan Rakyat (PR) memerintah kerana mereka mematuhi masa beroperasi, tetapi itu tidak benar,” katanya ketika ditemui di Kuah.


Mohd Ali berkata, apabila diadukan kepada Ahli Majlis tentang perlanggaran waktu operasi kelab hiburan tersebut, mereka saling menuding jari kepada orang lain.

0 comments:

Catat Ulasan