26 Ogos 2011

PUSAT HIBURAN DI LANGKAWI LANGGAR PERATURAN

Remaja melayu Islamsedang minum arak.Bukan setakat tak berpuasa bahkan mencemarkan bulan Ramadhan dengan meminum minuman keras.
Senarai harga minuman dalam karaoke langkawi Fair


Pelajar sekolah yang hampir menghisap rokok tetapi membatalkannya kerana kami sempat masuk sebelum dia menyalakan api rokok
Kelihatan tin minuman yang ditinggalkan kerana peminumnya lari lintang pukang apabila menyedari kehadiran kami.



Saya menjenguk bilik karaoke meninjau suasana dalam karaoke.Didapati ada orang Islam sedang tidur di dalam dan di sebelahnya ada bekas makanan


Petang tadi 26hb,jam 4.30 petang kami pergi ke dua buah pusat hiburan.Pusat hiburan yang kami lawati ialah karaoke Jeti Point dan karaoke langkawi fair.Berikut ialah hasil yang kami temui di kedua-dua buah karaoke tersebut.

Karaoke Jeti Point
Dalam karaoke tiada sebarang aktiviti berkaraoke.Yang ada hanyalah kelihatan beberapa orang Islam sedang tidur di dalam dan di atas meja kelihatan beberapa bekas makanan yang baru di gunakan.

Berlainan dengan pusat karaoke dimana di kawasan tersebut agak gelap kerana kepulan asap rokok.Didapati dua tiga orang sedang menghisap rokok dan serta merta mencampakkan rokok tersebut sebaik sahaja menyedari kehadiran kami kerana menyangka yang kami adalah dari jabatan agama.

kami mengingatkan mereka yang menjaga pusat hiburan tersebut yang lesen mereka boleh ditarik balik jika sekali lagi kami menjumpai ada orang Islam masuk ke premis tersebut dan tidak berpuasa kerana ia melanggar peraturan yang dikenakan oleh PBT.

kami difahamkan oleh pengawal keselamatan yang orang dari Jabatan Agama hanya sampai ke sana pada awal bulan.

Karaoke Langkawi Fair.
Karoke ini di penuhi oleh remaja dalam lingkungan 20an.Semasa kedatangan kami kebanyakan sedang minum air tin dan tengah melalak.Bagaikan hendak pecah gegendang telinga sebaik masuk kedalam karaoke ini.Tidak didapati walau seorang pun bangsa lain dalam karaoke ini.Yang amat menyakitkan hati ialah dimana didapati banyak minuman keras dijual disini.






0 comments:

Catat Ulasan