10 Ogos 2011

LANDAS BUAT LAPORAN POLIS KEATAS BLOGGER HINA ISLAM


Langkawi 09/08/2011,jam 5.33 minit petang saya dan beberapa orang teman aktivis LANDAS Langkawi telah membuat laporan polis keatas blogger yang menggunakan alamat blog "makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com" di IPD Langkawi.Kami membuat laporan poilis bagi pihak LANDAS Langkawi dan mewakili umat Islam Malaysia.Laporan polis kami di terima oleh pegawai polis yang bertugas Puan Haliza bt Saad.

Laporan polis yang kami buat meminta pihak polis membuat siasatan keatas penulis blog berkenaan yang jelas menghina agama Islam.Atas kebijaksanaan pihak polis LANDAS juga meminta agar blogger ini di siasat atas dakwaan menghina agama Islam di mana Islam sebagai agama rasmi negara seharusnya di hormati.

Jika penghinaan sebegini rupa tidak di tangani,di khuatiri akan menimbulkan ketegangan agama dan mendapat tindak balas yang keras dari lain-lain umat Islam.Walaupun umat Islam dikenali sebagai umat yang penyabar namun ditakuti akan ada segelintir umat Islam yang mudah hilang pertimbangan lalu bertindak balas.

Kepada umat Islam pula,jangan di tunggu lagi dan siap sedia dengan hujah untuk mematahkan serangan yang kian hari kian menjadi-jadi.Jadilah umat yang sentiasa bersedia dan siap siaga ke medan pertarungan.

Saya tetap dengan harapan agar umat Islam melatih pendakwah yang hebat dan mampu berhujah.

0 comments:

Catat Ulasan