ORANG ISLAM BERBUKA PUASA DI GEREJA?
"JAIS SERBU GEREJA", isu yang tak habis-habis diisukan oleh akbar dalam dua tiga hari ini. Di pihak gereja mereka berbangga kerana berjaya membawa orang Islam masuk ke dalam gereja walaupun atas nama berbuka puasa manakala bagi orang politik ia dijadikan sebagai modal pusingan untuk membangkitkan isu atau meraih sokongan.Yang nyata tersepit ialah orang Islam sendiri.
Isu orang Kristian berusaha memurtadkan orang Islam memang tak pernah padam. Yang padam ialah hati orang Islam. Sekali di isukan maka semua pakat buka mata dan pakat melenting namun ia hanya setakat dibibir.
Adakah isu ini baru hinggakan kita seakan terkejut dengan isu ini.
Saya amat setuju dengan kenyataan Dr.Asri yang berbunyi"orang islam jangan marah jika ada orang Islamkeluar agama dan memluk agama lain".
Alasan beliau ialah apakah peranan Pusat Zakat. Kebanyakn penyebab orang Islam lari meninggalkan Islam kerana masalah yang membelenggu kehidupan mereka.Tak keterlanjuran jika dikatakan bahawa setiap negeri menerima puluhan juta ringgit setiap tahun hasil dari sumbangan orang ramai dan syarikat.Tapi malangnya kemanakah wang tersebut.
Apakah ketutamaan yang diberikan oleh pusat zakat. Mengapa harus membina menara zakat tinggi melangit sedangkan keperluan sebenar wang zakat ialah untuk membantu orang Islam yang kurang berkemampuan. Cuba bayangkan jika setiap kerajaan negeri menerima puluhan juta wang zakat setiap tahun sedangkan populasi penduduk Islam di Malaysia dalam lingkungan 15 juta. Kalau setiap keluarga diberikan sejuta ringgit pun entah berapa peratus dari hasil zakat yang di gunakan.
Apa fungsi YADIM
Saya memang dari dulu masih meneliti apakah fungsi YADIM. YADIM bermaksud "Yayasan Dakwah Islam Malaysia". Atas nama yayasan dakwah berapa ramaikah pendakwah yang dilahirkan dari yayasan ini? Sepatutnya YADIM benar-benar berfungsi melahirkan pendakwah hebat dengan disertakan dengan latihan yang mencukupi. Jika pertubuhan Kristian boleh membayar gaji kepada para mubaligh mereka mengapa pula YADIM tak mampu berbuat demikian. Pendakwah Islam hari ini hanyalah ibarat peminta sedekah kerana tiada peruntukan khusus untuk mereka bergerak.
Saya difahamkan bahawa para mubaligh Kristian juga menawarkan wang kepada mana-mana orang Islam yang sanggup murtad dan dilindungi oleh peguam. Mereka yang jahil dan tidak berkemampuan meneruskan kehidupan seharian sudah tentu terpikat dengan service yang dihidangkan.
Bilakah agaknya orang Islam boleh mewujudkan agensi khusus untuk melatih atau menjaga kebajikan pendakwah. Jika agensi ini berjaya diwujudkan maka tak timbul akan ada orang Islam yang sanggup keluar agama. Marilah kita sama-sama muhasabah diri ke atas setiap musibah dan fitnah yang berlaku.

0 comments:
Catat Ulasan