21 Ogos 2011

KAFIR.....KAFIR.......KAFIR?

Kafir sana kafir sini. Persoalan atau isu yang sengaja dipanjangkan demi politik dan mempertahankan diri. Isu kafir mengkafir ini paling serius didendangkan oleh orang politik yang mungkin rasa tersinggung bila mana seseorang dikafirkan akibat daripada perbuatannya.

Bagi orang berilmu isu kafir mengkafir ini adalah kerana perbuatan, sebutan atau tingkah laku yang membolehkan orang mengkafirkan seseorang.

Persoalannya mengapa perlu takut atau merasa tersinggung bila ada orang mengkafirkan seseorang. Adakah dia akan menjadi kafir hanya kerana dia di tuduh kafir.

Walaupun tidak berkuasa menentukan seseorang Islam menjadi kafir tetapi ada ayat Quran atau Hadis yang menerangkan seseorang boleh menjadi kafir akibat beberapa sebab. Antaranya ialah perbuatannya dan sebutan. Contohnya kerana memperkecilkan hukum atau memperli keberkesanan hukum Allah.

Semakin hari semakin ramai yang berani bercakap tentang hukum sedangkan mereka tidak tahu batas-batas bercakap hal agama. Mereka merasakan bahawa bercakap tentang hukum boleh dituturkan tanpa batas sempadan. Kepada mereka yang selalu dilabel dengan perkataan kafir seharusnya mereka muhasabah diri apakah sebabnya mereka dilabelkan dengan perkataan sedemikian. Mereka juga seharusnya faham bahawa Islam adalah milik Allah dan diikuti tanpa pertanyaan. Siapalah kita yang sanggup mempersoalkan rasional hukum yang diturukan oleh Maha Pencipta.

0 comments:

Catat Ulasan