01 Oktober 2011

KONSET DATANG LAGI


Hari ini,1hb Oktober 2011 akan berlangsung konset di tempat letak kereta Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).Konset tersebut anjuran Langkawi FM dan akan bermula pada jam 9.00 malam ini.Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Yabang(Khalaifah)Elly(AXL's),Ezad Daus,Siti Nordiana dan Azrin Azdzar.Kalau tak silap saya ini adalah konset kali ke2 bulan ini yang mana konset pertama pada 15hb September yang berlangsung di Pantai Cenang.

Konset yang pertama di langsungkan sempena menyambut hari Malaysia.Saya kurang pasti setakat mana meriahnya konset tersebut kerana pada malam itu saya terpaksa bekerja kerana saya telah mendapat sedikit kerja dari sebuah hotel di Tanjung Rhu.


Pada 28hb September saya telah menerima panggilan dari salah seorang sahabat saya yang menjadi Ahli Majlis Msyarat PBT.Beliau meminta saya mennyiasat siapakah penganjur konset tersebut.Saya cuba menyiasat sedaya mungkin dan akhirnya saya di beritahu yang penganjur konset tersebut ialah Langkawi FM.


Sahabat saya tadi meminta saya dan rakan dalam LANDAS supaya mengadakan protes kepada PBT diatas penganjuran konset tersebut dan mereka akan follow up protes yang kami bakal buat.Namun setelah di teliti tarikh tersebut rupanya tarikh cuti umum dan memorendum tak dapat di sampaikan.Masa yang terlalu singkat juga menjadi penghalang kepada kami untuk menyampaikan protes tersebut.


Dalam masa yang sama juga saya telah dihubungi oleh Pemuda UMNO Langkawi melalui sahabat saya dan mengajak LANDAS bersama sama dalam aktiviti dakwah lapangan.Dalam seminggu ini hampir setiap hari saya dihubungi dan amat berhajat agar LANDAS sedia bersama mereka dalam mendampingi remaja bermasalah.Salah seorang aktivis LANDAS telah pun bersama pemuda UMNO Langakawi turun pada malam Jumaat di Pantai Cenang.


Di sini saya ingin bertanya kepada anak-anak muda UMNO akan maksud gejala sosial sebelum saya sudi bekerkasama dengan mereka.Umum telah mengetahui akan gejala rosak ahlak anak muda dan penyebabnya.Penyebab paling besar ialah adanya hiburan yang melampau yang direstui oleh pemimpin negara.Hampir setiap jam ada konset di kaca tv dan diburukkan lagi dengan stesen khas radio dikhususkan untuk hiburan.Akibat terlalu fanatik denga hiburanlah manusia gagal mengawal diri lalu terjebak ke lembah lalai dan hidup berpoya-poya.Mengapa mereka sedih dengan rosaknya anak muda dan dalam masa yang sama mereka adalah juara kepada kehancuran anak muda.Barangkali mereka menafikan yang sebarang konset yang berlangsung bukan dianjur oleh mereka tetapi mereka duduk di atas katil yang sama.Bila duduk di satu katil yang sama takkan tidak mengetahui apa yang berlaku terhadap pasangan masing-masing.


Disamping pengkhianatan dari orang Islam sendiri diatas penganjuran konset ini saya juga amat kecewa dengan peranan para sahabat saya dalam Ahli Majlis.Permit konset dikeluarkan oleh PBT dan semestinya mereka bertanggungjawab akan setiap yang berlaku dalam PBT.Jika beginilah rupanya maka tiada perbezaan antara pemerintah terdahulu dengan sekarang.PR yang diterajui oleh PAS sepatutnya memperbaiki sistem yang ada kepada sistem yang lebih baik.Kemungkaran masih berlaku sebagaimana sebelumnya.


0 comments:

Catat Ulasan