13 Ogos 2011

TIDAK BOLEH BACA QURAN GUNA PEMBESAR SUARA SEBELUM SUBUH

Jumaat,12hb Ogos keratan akbar yang bertajuk"LARANGAN TIDAK LOJIK" yang menyentuh tentang pekeliling dari JHEAIPP yang melarang seluruh masjid dan surau di Pulau Pinang membaca Quran menggunakan pembesar suara sebelum subuh.

Amat mengejutkan bagaimana boleh hingga ke tahap ini.Jika ini boleh berlaku di Pulau Pinang maka tak mustahil ia akan merebak ke negeri lain dan akhirnya seluruh negara akan di larang.Apakah benar larangan ini datangnya dari Majlis Fatwa negeri atau ada tangan jahat yang membayangi arahan ini.

Pulau pinang sememangnya di ketahui di tadbir oleh parti Cina sejak dari dulu lagi.kalau dulu GERAKAN sekarang pula DAP.Walaupun berlainan parti tapi zahirnya adalah sama.Agaknya inilah gula-gula yang di suapkan oleh KM Lim Guan Eng keatas masjid atau guru KAFA di mana beliau menaikan elaun atau peruntukan.

Kami akan memantau akan perkembangan ini.Harap umat islam negara ini tidak berdiam diri dalam isu ini kerana ia melibatkan kepentingan umat Islam.Umat Islam samada dalam PR atau BN tidak perlu membangkitkan melalui parti tetapi berkumpul di bawah panji Islam.Kami NGO Islam akan tetap bersama dalam isu-isu yang sangat menghimpit ini.

Satu lagi laporan polis akan di buat jika larangan ini tidak di tarik balik.








0 comments:

Catat Ulasan