PAHANG LARANG WANITA BEKERJA DI PUSAT HIBURAN"TAHNIAH"
Kerajaan Pahang larang wanita bekerja di pusat hiburan. Tahniah kerajaan Pahang. Negeri lain tunggu apa lagi. Sebelum ini negeri Pahang jugalah yang berani membicarakan wanita Islam yang minum arak di khalayak ramai dan di jatuhi hukuman sebat. Sewajarnya negeri lain tanpa melengahkan masa mengikut langkah dan bergerak bersama memberanikan diri melaksanakannya.
Pusat hiburan yang ada di negara ini sememangnya patut dilarang sama sekali orang Islam mengunjunginya. Ini kerana kesemua pusat hiburan menyediakan minuman yang memabukkan atau paling tidak ia menjadi sarang bercampurnya lelaki dan wanita.Walau pun ada orang berkata tak salah berhibur tetapi akibat dari berhiburlah manusia akan menjadi lalai dan seterusnya membawa kepada keruntuhan moral.
Hiburan ibarat candu yang sedikit demi sedikit akan membawa kita menjauhkan diri dari Allah. Lihat sahaja anak muda hari ini dimana hidup mereka hanya difokuskan kepada hiburan.Tiada siapa yang boleh menafikan dimana hiburan adalah perosak utama kepada masyarakat. Tv, radio dan akhbar semuanya dikuasai oleh orang yang menjadikan hiburan sebagaai cara hidup mereka. Hiburan ada ruangan khas dan mereka bebas berkarya tak kira apa yang mereka karyakan akan merosakan masyarakat. Lihat sahaja program tv. Anak muda terloncat dan melalak tak kira masa. Para karya filem yang berjuang atas nama seni hari demi hari mencari idea baru untuk menyesatkan manusia.Corak kehidupan pemimpin hari ini juga kearah hiburan semata-mata.
Memang Islam tidak menghalang umatnya dari berhibur.Hiburan memang di haruskan dalam Islam.Tetapi tahukah kita berapa ramai manusia yang hidupnya tersasar akibat dari hiburan.Sebagai contoh seorang penyanyi yang dari awalnya mendendangkan lagu-lagu nasyid tetapi akhirnya berubah ke lagu bercorak yang lebih agresif.Penyanyi ini akhirnya sedikit-demi sedikit hanyut dibuai dunia yang hiburan.Akhirnya dia tidak lagi menghiraukan dunia halal haram sekalipun dia tahu batas-batas hukum.
Samada sedar atau tidak dalam memuji Allah pun manusia menggunakan muzik.Ada ayat Al Quran yang bermaksud
"orang beriman apabila di sebut nama Allah hatinya akan merasa takut dan gentar"
Jadi jika kita menyebut nama Allah dalam masa kita seronok dan hati tidak merasa kebesaranNya, pakah kita tergolong di kalangan orang takut akan kekuasaanNya.Mereka yang menjadikan hiburan sebagai rutin kehidupan bukanlah jenis manusia yang tergolong dalam manusia yang selari dengan Islam.
0 comments:
Catat Ulasan