16 Julai 2011

TUTUP PUSAT HIBURAN BULAN PUASA"DAP&GERAKAN TUNJUK TARING


LANDAS LANGKAWI - "DAP KECAM PAS' dan "GERAKAN UGUT SAMAN". Tajuk muka depan akbar Sinar Harian hari ini 16 Julai 2011. Penguatkuasaan Enakmen puasat hiburan yang digubal pada tahun 1997, tetapi tidak dilaksanakan semenjak ia digubalkan. UMNO Kedah melalui pengerusinya Dato' Ahmad Bashah menyokong MB untuk tidak tunduk kepada desakan DAP, MCA dan GERAKAN.


Bagi kami dalam LANDAS, ada sedikit komentar yang ingin kami turut kongsi bersama dengan orang ramai. Di pihak DAP sudah pasti mereka mahu menjaga kepentingan bangsa mereka sekali pun apa yang mereka lakukan mengganggu bangsa lain.

Pendek kata mereka bersama PR kerana mengharapkan ada ruang untuk mereka memperluaskan lagi saki baki tuntutan yang belum terlaksana oleh MCA dan GERAKAN.

Di pihak MCA dan GERAKAN pula, mereka akan mengambil kesempatan membesarkan isu ini agar orang cina lari dari PR dan masuk semula menyertai BN. Apabila orang cina kembali menyertai BN mereka akan mengugut UMNO pula dan akan menuntut berbagai tuntutan. Jika tidak DAP pula akan mencipta isu baru dan orang cina berpaling tadah ke parti lain pula. Yang jelas mereka akan menyertai mana-mana parti politik yang boleh mengiakan tuntutan mereka. Samada DAP, GERAKAN atau MCA mereka adalah sama. Sila baca ayat 6, Surah Al-Baqarah.

Apa yang menjadi halangan kepada orang Islam ialah bilamana kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS mahu mengalih dasar yang ada kepada dasar yang lebih Islamik, maka UMNO dan akbarnya akan memainkan isu ini, tanpa berfikir secara rasional untuk menjaga kepentingan Islam, yang penting supaya orang bukan Islam meninggalkan PR. Mereka juga bercakap kononnya kerana itu semua adalah budaya mereka.

Sebaliknya bila pula dua parti Melayu yang dididiami oleh orang Islam akan bersatu mempertahankan Islam. Janganlah diisukan jika sebelah pihak mahu melaksanakan dasar yang bertepatan dengan Islam. Jadikanlah permainan bola sepak sebagai contoh dalam berpolitik. Semasa bermain bola berlawanlah kerana hendak menang tetapi selepas tamat perlawanan kembali berkawan seperti biasa. Berparti biarlah untuk mendaulatkan Islam kerana hanya Islam yang mampu menjadi payung kepada kita semua.

Kalaulah benar kerajaan negeri atau PBT mengeluarkan arahan sedemikian kami tiada apa-apa komen. Pokok pangkalnya berlaku ugutan keatas kerajaan negeri kerana kita tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan mereka mengambil kesempatan di atas kelemahan kita
. Kami telah kerap kali membangkitkan isu gejala sosial ke atas pusat hiburan. Masalah dibangkitkan berdasarkan kepada pengalaman kami semasa outreach dakwah.

Berlaku banyak kecelaruan dalam PBT berhubung pusat hiburan dan ditambah pula sikap goyang kaki Ahli Majlis Mesyuarat. Bagi kami sikap malas dan mengalah Ahli Majlis Mesyuarat telah menyebakan kerajaan negeri menjadi punca kepada semua masalah yang berlaku.

Pada tahun lalu banyak sekali tulisan kami mengenai pusat hiburan. Hal ini telah kami adukan kepada pihak PAS Kawasan langkawi, Exco, PBT dan saudara Sanusi selaku orang kuat MB. Kami membangkitkan isu ini kerana kami ingin turut menyumbang dalam memastikan slogan "KEDAH SEJAHTERA" benar-benar sejahtera. Kami tidak minta elaun tapi hanya minta siasat apa yang kami adukan.

Disini kami senaraikan sekali lagi kepincangan yang berlaku dalam PBT Langkawi. Selepas ini terpulanglah kepada EXCO yang bertanggungjawab sama ada mahu merobah atau mahu terus kekal dengan cara yang ada.

1.AHLI MAJLIS LEMBAB.

Setiap kali bertemu dengan orang kuat PAS saya akan mengadu tentang pusat hiburan yang beroperasi hingga ke lewat pagi iaitu hingga ke pukul 4 pagi. Apakah relevannya terlalu banyak pusat hiburan di Langkawi sedangkan penduduk bukan Islam hanya dalam lingkukungan 10% nisbah daripada penduduk langkawi. Alasan mereka ialah kerana lesen pusat hiburan di bawah kerajaan pusat dan mereka tak boleh berbuat apa-apa. Apakah kerana lesen di bawah kerajaan pusat maka Ahli Majlis tidak mempunyai ruang untuk masuk campur.

Setahu saya lesen pusat hiburan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula memberikan lesen premis perniagaan. Apabila ditanya mengapa ini semua masih berlaku, jawapan yang kami terima hanyalah alasan demi alasan. Walaupun Ahli Majlis Mesyuarat terdiri dari orang yang paling kuat dalam parti tetapi mereka juga adalah orang yang paling kuat memberi alasan. Mereka langsung tidak menjalankan pemantauan apalagi mengambil tahu akan hal yang kami adukan. Kalau sebelum menang mereka memiliki banyak idea untuk mentadbir tetapi selepas menang idea tersebut entah kemana. Ramai di antara mereka tidak mesra dengan kebanyakan orang sekali gus menyebabkan mereka tidak dapat menyelami rasa tidak puas hati rakyat.

Masih segar dalam fikiran kami dimana suatu ketika dulu LANDAS pernah memohon memasang layar besar di perkarangan Pekan Rabu tetapi di tolak. Sebaliknya pusat karaoke yang bertahta dihati mereka. Kami memohon memasang layar besar kerana mahu membebaskan tempat terssebut dari menjadi sarang dadah dan maksiat namun tidak mendapat sokongan dari Ahli Majlis.

2.MUSANG BERBULU AYAM

Kami kerap kali mengeluarkan komen dalam akbar Harian Sinar. Kami rasa Majlis Daerah juga melanggan Harian Sinar memandangkan kami sering dihubungi sebaik sahaja ada artikel kami keluar. Apakah PBT tidak tahu yang pusat hiburan beroperasi hingga kepukul 4 pagi. Pusat hiburan bukanlah bersaiz nyamuk sehinggakan mereka tak nampak apa yang berlaku. Kebanyakan pegawai yang berkhidmat di bahagian perlesenan telah terlalu lama berada di situ dan sudah pasti mereka telah pun membuat sarang yang tersangat besar. Kami berpendapat mereka ini perlu direformasikan dengan cara memindahkan mereka ke tempat lain atau di pindahkan ke unit lain.

3. JABATAN AGAMA MALAS

Majoriti pengunjung pusat hiburan adalah orang Melayu yang sudah pasti beragama Islam. Kalau di karaoke pelanggannya 100% adalah anak orang Islam. Jabatan agama hanya berminat menghukum yang berkhalwat tetapi tidak berminat mencegah. LANDAS sering kali mengajak mereka membuat rondaan di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan maksiat namun tidak pernah mendapat kerjasama.

"Jika mereka aktif bersama kami memasuki pusat hiburan kami amat optimis yang gejala maksiat akan dapat dibendung sekali gus pusat hiburan akan ditutup dengan sendirinya kerana tiada pengunjung."

4.KAD KUASA MENCEGAH MAKSIAT.

LANDAS pernah memohon kad kuasa mencegah maksiat suatu ketika dulu namun di tolak. Alasannya ialah kerana ia tidak lagi dikeluarkan kepada orang awam atas alasan ianya di salah gunakan. Kad kuasa hanya dikeluarkan untuk pegawai kerajaan negeri dan persekutuan sahaja. Kami kurang pasti apakah jenis
"di salah gunakan" seperti yang dimaksudkan. Kad kuasa ini hanya diberikan kepada pegawai masjid. Kami difahamkan oleh Tuan Pegawai Agama dimana setiap masjid diberikan 4 kad kuasa mencegah maksiat. Dari apa yang kami perhatikan kuasa yang ada pada pegawai masjid untuk mencegah maksiat tidak dipraktikkan. Mengapa diberikan sesuatu kepada mereka yang bukan di kalangan ahlinya.

"LANDAS menawarkan diri membantu kerajaan negeri membebaskan LANGKAWI dari menjadi sarang maksiat dengan memberikan ahlinya kad kuasa untuk mencegah maksiat. Jika benar mahu menjadikan Langkawi sebahagaian dari wilayah bebas maksiat. Kami ada ramuan bagaimana cara untuk menyekat kegiatan maksiat dari terus menghantui penduduknya".

5.JADILAH UMAR AL KHATAB

Baru-baru ini pengerusi LANDAS telah ditawarkan menjadi AJK Dewan Ulama kawasan Langkawi namun hingga ke hari ini kami masih belum nampak apakah aktiviti yang di jalankan.

"Pernah suatu ketika kami mengajak salah seorang orang kuat Dewan Ulama turun padang bersama LANDAS untuk melihat senario pusat hiburan di malam hari. Kami berkata"sekali sekala jadilah Umar Al Khatab". Seperti mana yang kita ketahui di mana Omar Al Khatab keluar di malam hari kerana meninjau kehidupan rakyatnya dan mahu melihat sendiri apa yang berlaku saban hari di negeri di bawah naungannya".

Mereka menolak atas alasan tak ada masa. Kami berkata lagi "Sebagai pemimpin yang ada kuasa di peringkat Langkawi maka pemimpin PAS Langkawi lah yang akan menanggung segala dosa kerana gagal melaksanakan tugas dan membiarkan maksiat terus berleluasa. Ye lah memang letih sebab kami keluar ke lapangan bermula pada pukul sebelas malam dan berakhir pukul tiga pagi. Jika mahu tahu realiti sebenar kehidupan sesuatu tempat maka itulah masa yang sesuai untuk melihatnya.

6. MKK TIDAK BERWAWASAN

MKK adalah orang penting dalam sesebuah kampung. Sepatutnya mereka memainkan peranan dalam membantu kerajaan negeri menguatkuasakan sesuatu arahan. Banyak perkara yang boleh digerakkan seperti mengajak orang kampung mengukuhkan institusi kerukunan masyarakat kampung dan mengukuhkan gerakan Rukun Tetangga. MKK yang berwawasan akan dapat menyatukan penduduk kampung sekali gus mudah untuk mengajak mereka bersatu di bawah payung Islam.



0 comments:

Catat Ulasan